Monday 29 April 2013

Kuat Dengkur Isyarat Bahaya



TIDAK dinafikan, berdengkur memang mengganggu tidur dan ketenangan orang lain tetapi kadang kala ia melucukan terutama apabila ia berirama serta bersahut-sahutan antara lebih seorang kaki dengkur. Situasi itu boleh kita lihat jikalau dalam perjalanan jauh menaiki bas, kereta api mahupun kapal terbang.
Walaupun ia dianggap perkara lumrah terutama di kalangan lelaki, masalah itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes. 
Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Akibatnya, individu terbabit keletihan sehingga sanggup mengorbankan waktu makan tengah hari semata-mata untuk membayar ‘hutang tidur’. 

Perunding Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Peru- batan Taman Desa, Dr Khairuzzana Baharudin, berkata berdengkur adalah satu gejala dan jika semakin teruk boleh membawa masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat.

Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).

Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung. 


FAKTOR PENYEBAB 


  • Alahan 
  • Tulang hidung yang bengkok 
  • Masalah tisu berlebihan di anak tekak 
  • Obes 
  • Alkohol 
  • Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur 
  • Kedudukan tidur yang terlentang 
  • Tonsil yang bengkak 

  • Menurut Dr Khairuzzana, mereka yang berdengkur mengalami kering tekak apabila bangun tidur disebabkan bernafas daripada mulut. Mereka juga mudah tertidur pada waktu siang dan dada mudah berdebar-debar dan cepat marah kerana letih. 

    Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat. 

    Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah seseorang mudah penat padah tiada tidur yang berkualiti. Ada juga yang mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi dengkuran pasangannya. 

    Bagaimana VITAMIN SHAKLEE boleh membantu..


    Vitamin yang baik untuk minima  masalah dengkur ialah VITAMIN E. Ia bukan sahaja  baik untuk kulit malah untuk jantung juga. kajian menunjukkan mereka yang bedengkur pada waktu malam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung. 



    Omega Guard juga baik untuk minima masalah dengkur. Omega Guard mengandungi EPA dan DHA.
    EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .


    Hubungi saya @ 017-6622589 untuk info lanjut

    credit to: mymetro

    1 comment: