Wednesday 27 March 2013

Kebaikan Susu Ibu



JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’.

Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.

Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Soal malu ditolak tepi.

Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi.

“Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.

“Semua haiwan menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. Bayi manusia juga sepatutnya disusukan dengan susu ibu sendiri kerana apa yang bayi perlukan terkandung dalam susu ibu,” kata Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (II) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Noor Haliza Yusoff.

Tambahnya, berbanding susu formula yang diperbuat daripada susu lembu, komposisi zatnya sama sekali tidak sama walaupun ada pihak yang mendakwa ia lebih kurang sama dengan susu ibu.

Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.

“Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak,” ujarnya.

Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu. Bayi akan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, terhindar daripada jangkitan-jangkitan penyakit seperti cirit-birit berbanding susu formula yang mendedahkan mereka dengan risiko masalah itu kerana air dan botol yang tidak bersih.

Selain itu, susu ibu juga mengandungi antibodi-antibodi untuk mengelak dan mencegah jangkitan respiratori (pernafasan) dan jangkitan telinga, malah kesan daripada zat-zat yang diperoleh daripada susu ibu dapat mengelakkan kesan jangka masa panjang dari segi obesiti, darah tinggi dan diabetes.

Perkembangan otak

Noor Haliza juga memberitahu bahawa kandungan susu ibu juga dapat membantu perkembangan otak bayi agar menjadi cerdik dan cerdas.

Walaupun banyak susu formula mengandungi bahan yang dikatakan dapat merangsang sel-sel otak, kita tidak tahu sama ada bahan itu dapat memberi kesan yang sama seperti apa yang terdapat dalam susu ibu.

“Pemberian susu ibu juga boleh mengelakkan bayi kembung perut. Di sebalik semua kebaikan ia juga akan mengeratkan ikatan kasih ibu dan bayi.

“Penyusuan badan juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin. Secara tidak langsung, si ibu kurang mendapat masalah pendarahan selain tubuh akan cepat kembali ke bentuk asal,” jelasnya sambil memberitahu ia dapat mengurangkan risiko barah payudara, ovari, rahim dan osteoporosis.

Selain itu, penyusuan ibu dapat membantu ekonomi keluarga kerana tidak perlu membeli susu formula yang mahal harganya.

Ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan si ibu tidak perlu mengambil cuti kecemasan dengan kerap kerana si anak berada dalam keadaan sihat.

Mengulas mengenai mitos badan menjadi gemuk jika menyusu badan, Noor Haliza memberitahu bahawa mitos tersebut tidak benar sama sekali.

Jika berikan susu ibu, badan lebih cepat kembali ke bentuk asal kerana sentiasa mengeluarkan lemak melalui susu dan dibakar ketika proses menyusu.

“Semua orang fikir bahawa menyusu badan itu sesuatu yang semula jadi dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah.

“Ia satu kemahiran yang telah dilupakan dan perlu dipelajari semula kerana ramai yang sudah terbiasa memberikan botol dan menganggap menyusu badan itu tidak penting. Kita terpaksa ajar ibu-ibu cara menyusu badan dengan betul supaya ia menjadi satu penyusuan yang efektif,” katanya.


sumber - myadha blogspot

Sunday 24 March 2013

Omega Guard...Apa Kelebihannya???

Keistimewaannya:

♥ merendahkan kadar lemak jahat, bagus untuk kesihatan jantung. Jika banyak lemak jahat, saluran darah ke jantung boleh tersumbat dan ini boleh mengundang sakit jantung.

♥ merendahkan kolesterol. kolesterol dalam badan ni boleh berlaku pada semua orag tak kira gemuk atau kurus. Jangan sangka org kurus tak tinggi kolesterol. jadi ianya ideal utk semua org.

♥ Omega 3 juga boleh mengurangkan kesakitan semasa datang bulan (period pain)

♥ mengatasi kemurungan

♥ boleh membantu mencegah Alzheimer (sejenis sakit memory loss)

♥ menstabilkan gula dalam darah - sesuai untuk pesakit diabetes

♥ untuk yang nak diet, ia berupaya mengawal rasa lapar
♥ melembabkan kulit

♥ sesuai untuk melegakan keradangan seperti kesakitan gout, arthritis, psoriasis

♥ kandungan DHA nya adalah sangat bagus utk kecerdasan otak. ideal utk ibu hamil dan menyusu. 
 
PM/SMS/WHATSAPP @ 0176622589 Untuk info lanjut..

Friday 22 March 2013

GLA COMPLEX & KEISTIMEWAANNYA

Khasiatnya adalah terletak pada GLA itu sendiri iaitu gamma-linolenic acid) yang mana ianya adalah sejenis asid lemak omega 6.

♥ GLA shaklee adalah dari BUNGA BORAGE. Kalau EPO, khasiat gla nya adalah dr bunga evening primrose.
♥ GLA shaklee lg POWER dr EPO kerana kandungan GLA nya 15-20% berbanding dlm EPO hanya 8-10%. Value for money dan lebih tulen.

Keistimewaan lain GLA Shaklee:

* membantu merawat PMS dan menopause symptom. Penggunaannya boleh meredakan kesakitan semasa period dan juga simptom bila seseorang menopause.

* anti radang, sesuai untuk pesakit arthritis dan gout kerana ianya merawat keradangan sendi.

* bagi pesakit rheumatoid arthritis, ianya boleh membantu di mana ianya 'may ease tenderness and swelling'.

* untuk kulit yang cantik. Boleh mengekalkan kelembapan dan kelembutan bagi kulit yang kering atau rosak. Kajian pernah dijalankan ke atas bayi yang mempunyai masalah 'cradle cap' (kerak di kepala). Bayi disapukan dengan borage oil 2 kali sehari dan setelah 2 minggu, masalah cradle cap HILANG!.Apa yang menakjubkan bukan sahaja pada tempat yang disapu mengalami perubahan ketara tetapi juga keseluruhan kulit bayi mengalami perubahan positif. Ini menunjukkan daya serapan borage oil yang sangat bagus.

* membantu regulate balik period yang tidak teratur. Juga mengawal keseimbangan hormon dalam badan.

* membantu kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan. Apabila sistem pembiakan kembali subur maka peluang untuk mendapatkan anak juga lebih tinggi. Ada kalangan yang mengambil GLA Shaklee telah berjaya hamil dengan izinNya.

Dalam GLA juga ada sunflower oil.

Apa kehebatannya?

1. Sebagai pelembab. Sebab itulah ia berupaya menjadikan kulit pemakainya menjadi lembab. Ia menghalang kulit kita dari kehilangan air yang boleh membuatkan kulit menjadi kering. Awet muda gitu:)

2. Menyihatkan akar rambut. Bila akar rambut kuat akan mengurangkan rambut rosak dan mudah patah. (patah ke? taktau term yg betul - breakage). Sesiapa yang mengalami keguguran rambut, sila beri perhatian pada GLA ni ye.

3. Memperbaiki kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Juga mengurangkan kebarangkalian untuk kena heart attack.

4. Ramai tak tahu ianya adalah sumber 'natural energi;. Campurkan dalam salad, rasakan perbezaannya!

5. Menghalang radikal bebas di sekeliling kita. Oleh itud apat menjaga diri dari risiko serangan kanser.

6.Merendahkan kadar kolesterol dalam badan.

7. Memperbaiki binaan tisu yang rosak, membina sel yang baru.

Banyak sangat khasiatnya, jadi GLA adalah item wajib utk WANITA terutamanya. Tidak hairan ia ada dalam set Women's Health Shaklee.
 PM/SMS/Whatsapp untuk info lanjut @ 0176622589