Monday 29 April 2013

Kuat Dengkur Isyarat Bahaya



TIDAK dinafikan, berdengkur memang mengganggu tidur dan ketenangan orang lain tetapi kadang kala ia melucukan terutama apabila ia berirama serta bersahut-sahutan antara lebih seorang kaki dengkur. Situasi itu boleh kita lihat jikalau dalam perjalanan jauh menaiki bas, kereta api mahupun kapal terbang.
Walaupun ia dianggap perkara lumrah terutama di kalangan lelaki, masalah itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes. 
Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Akibatnya, individu terbabit keletihan sehingga sanggup mengorbankan waktu makan tengah hari semata-mata untuk membayar ‘hutang tidur’. 

Perunding Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Peru- batan Taman Desa, Dr Khairuzzana Baharudin, berkata berdengkur adalah satu gejala dan jika semakin teruk boleh membawa masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat.

Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).

Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung. 


FAKTOR PENYEBAB 


  • Alahan 
  • Tulang hidung yang bengkok 
  • Masalah tisu berlebihan di anak tekak 
  • Obes 
  • Alkohol 
  • Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur 
  • Kedudukan tidur yang terlentang 
  • Tonsil yang bengkak 

  • Menurut Dr Khairuzzana, mereka yang berdengkur mengalami kering tekak apabila bangun tidur disebabkan bernafas daripada mulut. Mereka juga mudah tertidur pada waktu siang dan dada mudah berdebar-debar dan cepat marah kerana letih. 

    Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat. 

    Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah seseorang mudah penat padah tiada tidur yang berkualiti. Ada juga yang mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi dengkuran pasangannya. 

    Bagaimana VITAMIN SHAKLEE boleh membantu..


    Vitamin yang baik untuk minima  masalah dengkur ialah VITAMIN E. Ia bukan sahaja  baik untuk kulit malah untuk jantung juga. kajian menunjukkan mereka yang bedengkur pada waktu malam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung. 



    Omega Guard juga baik untuk minima masalah dengkur. Omega Guard mengandungi EPA dan DHA.
    EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .


    Hubungi saya @ 017-6622589 untuk info lanjut

    credit to: mymetro

    Wednesday 24 April 2013

    10 Fakta Bersalin



    1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

    2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

    3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

    4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

    5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

    6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

    7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

    8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

    9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

    10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


    (gambar: credit to google)

    Tuesday 23 April 2013

    Pentingnya Prenatal Vitamin Kepada Ibu Mengandung



    Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :

    - Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
    - Mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
    - Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
    - Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

    Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin kemudian makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya. :)

    Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
    Iron - Untuk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

    Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

    Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

    Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

    Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :



    Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

    B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

    Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

    Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

    Boleh juga add on :
    1. Vitamin C 
    2. ESP
    Tak Digalakkan :

    Alfalfa - Alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.

    Vitamin A - Vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari.

    Vitamin E - Sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.



    Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan?

    credit to vitaminsemulajadi.com, drzubaidi.com

    Berpesan-pesan



    Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat." Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku ;) 

      Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.. 


      Assalamualaikum. 5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut: 


      1.Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.    


    2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 

      3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 


      4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam. 


      5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). 


      Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya. Cara senang untuk dptkan pahala walaupun selepas mati . 

     
      - Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali orang guna , anda dapat pahala walau slps mati .

         
     - Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akan dapat pahala 
    .     
     - Beri baju kepada orang , setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .

      Beri makanan kepad org , anda dapat pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya 

    .
     - Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .    


    7 kalimat yg harus di biasakan..

    1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu. 

    2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu. 


    3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk. 


     4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.  

    5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk. 

    6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian. 


    7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 


    (gambar: credit to google)

    Monday 22 April 2013

    PETUA CEPAT DAPAT ANAK

     
    Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman-teman semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

    Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

    ~ Tiub fallopian tersumbat
    ~ Endometriosis
    ~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
    ~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
    ~ Masalah hormon
    ~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
    ~ Menopous sebelum waktunya
    ~ Masalah tiroid
    ~ Fibroid

    Penyebab biologi di kalangan lelaki:

    ~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
    ~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
    ~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
    ~ Menghidap hernia
    ~ Gangguan hormon
    ~ Salur sperma tersumbat
    ~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

    Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

    ~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
    ~ Stress dan tekanan
    ~ Pemakanan yang tidak sihat
    ~ Kekurangan zat
    ~ Amalan merokok atau meminum alkohol
    ~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
    ~ Terdedah kepada pencemaran
    ~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

    Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

    Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

    Bersenam

    Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

    Mengelakkan pencemaran

    Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

    Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

    Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

    Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

    Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

    B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

    Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

    Vita C
    - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

    Vita E & Selenium - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

    Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

    Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

    Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

    Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

    Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

    Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

    Untuk Isteri
    : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa

    Penyusuan Badan..


    Bukan mudah untuk kembali ke rumah selepas melalui saat-saat kelahiran. Terasa begitu banyak bebanan dan menyusu badan menjadi rumit dan memenatkan. Anda mungkin beranggapan anda tidak dapat keluar rumah dan terasa diri seperti 'terpenjara'. Atau anda mungkin berasa susu anda terlalu sedikit dan tidak pasti jika bayi mendapat jumlah susu yang mencukupi.

    Oleh itu anda perlu selalu berasa tenang semasa menyusu. Bayangkan betapa bertuahnya anda kerana berupaya untuk menyusukan bayi anda.

    Jika bayi anda menangis, mungkin dia lapar. Anda hanya ada satu pilihan iaitu susukan dia. Tangisan bayi tidak semestinya kerana dia lapar semata-mata. Bayi juga menangis apabila lampinnya basah, dia penat atau mungkin dia hanya mahu dibelai. Anda akan tahu apa yang perlu dilakukan dengan memberikan perhatian yang khusus.

    Kebiasaannya, seorang bayi yang baru lahir perlu disusukan setiap 3-4 jam. Apabila umurnya semakin meningkat, masa antara penyusuan juga akan meningkat (memandangkan susu yang diminumnya berubah dan bayi juga minum lebih banyak pada setiap penyusuan)

    Kebanyakkan bayi akan mengikuti satu corak penyusuannya yang tersendiri. Tubuh anda juga akan menyesuaikan diri dengan rentak bayi anda. Anda mungkin akan mengalami bengkak pada payudara dan susu sudah sedia untuk keluar apabila bayi anda menangis (malahan berberapa minit sebelum bayi anda lapar). Kadangkala anda tidak sabar menunggu dia bangun, kerana masa untuk bayi anda menyusu sudah pon lepas dan payudara anda sudah bersedia untuk menyusu. Perkara yang paling penting adalah semasa anda menyusu bayi anda, anda seharusnya relaks.

    Menyusukan bayi adalah pengalaman yang menakjubkan tetapi anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

    Menyusu Badan Memberikan Banyak Manfaat


    -  Susu ibu adalah susu yang paling berkhasiat untuk bayi dan mengandungi segala zat yang penting untuk pertumbuhan badan dan otak bayi

    - Pada mana-mana peringkat, meskipun jika bayi anda pramatang, khasiat dalam susu badan anda akan disesuaikan mengikut keperluan bayi tersebut.

    - Susu ibu mengandungi antibodi yang menyokong kesihatan bayi anda dan membantu mencegah penyakit dan alahan.

    - Kolostrum (susu yang dihasilkan berberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan) membantu bayi untuk mengeluarkan mekonium.

    - Susu ibu bersifat steril, suhunya sentiasa sesuai, sentiasa ada dan tidak melibatkan kos.

    - Melalui penyusuan badan, ibu dan bayi menjalin hubungan erat.

    - Dalam berberapa minggu pertama selepas kelahiran, penyusuan badan membantu uterus kembali ke saiz asalnya. Anda mungkin merasai pengecutan dan kesakitan, tetapi ia membantu ibu untuk pulih selepas kelahiran.


    Thursday 11 April 2013

    SAYALAH MANUSIA PALING SIBUK DI DUNIA!!!


    Mengaku tak siapa yang ada perasaan macamtu. Kadang memang heran sebab kita semua diberi sama je 24 jam seorang, tapi ada sesetengahnya tak cukup-cukup atau sebenarnya terlebih-lebih? Bagaimana nak elak rasa kitalah manusia paling sibuk di dunia?

     ♥ PAKSA DIRI
    Kalau tak paksa memang takkan boleh berlaku. Contoh nak bangun tahajud malam sangatlah susah. Jadi PAKSALAH diri untuk tidur awal, moga deNgan tido awal dapatlah kita bangun dengan segar bukannya merangkak nak bangun sebab terlampau letih.

    ♥ SEDAR DIRI
     Bila rasa kita tak cukup masa, kenapalah sibuk sangat ni, aku nak buka laptop pun tak sempat. nak update dah seminggu blog berkulat. Letihnya nak buat semua. Kena SEDAR yang rasa letih dan penat tu siapa boleh hilangkan? Dia yg boleh hilangkan semua tu jadi SEDARLAH dengan mintak dan mohon dgn Dia.

    ♥ SUSUN JADUAL
    Makin sibuk, makin ceria. Wah boleh ke gayah ko cipta situasi semacam itu? Apa tak bolehnya, bila sibuk, rancangkan apa yang perlu diberi keutamaan, apa yang perlu buat kemudian, apa yg perlu dibuat bergandingan.

    Allah tu maha adil. DIA bagi 24jam sehari untuk kita.PASTI cukup untuk kita. Tinggal kita jer nak rangcangkan dan jadualkan waktu kita. :)

    Thursday 4 April 2013

    Resepi Untuk Membentuk Tubuh Idaman...

    Diet yang seimbang memberi dua kelebihan iaitu anda dapat menguatkan badan anda dan anda juga dapat mengurangkan berat badan. Diet yang sihat dan seimbang memerlukan berberapa peraturan yang seharusnya dipatuhi pada setiap masa. Melalui peraturan asas ini, anda akan memperoleh kejayaan melalui kuantiti makanan yang sewajarnya dan dapat menikmati pelbagai jenis makanan. 


    Diet yang seimbang terdiri dari pelbagai jenis makanan. Ingat, anda mesti makan dengan kerap dan pada masa yang teratur. Makanan mesti diambil dalam saiz hidangan yang sama dan tidak wajar untuk makan nasi yang banyak tetapi tiada sayuran. Satu jenis makanan tidak dapat menggantikan makanan yang lain.

    Hati-Hati dengan pengambilan Garam
    Gunakan garam dalam kuantiti yang sedikit. Jika anda menggemari makanan pedas, gantikan garam dengan perasa.

    Minum satu liter setengah air sehari
    Air ialah minuman yang paling penting, walaupon minuman lain boleh memenuhi keperluan cairan anda. Anda juga boleh minum air buah-buahan perasa segar, tetapi jangan lupa untuk meminumnya selepas diperah jika tidak anda tidak memperoleh apa-apa zat. Reka pelbagai koktel buah-buahan dan minum sup sayuran.





    Berhati-hati dengan lemak
    Seperti yang kita tahu, makanan seperti mentega, krim, mayonese, minyak dan sebagainya mengandungi jumlah lemak yang banyak dan anda pasti mengelak daripada makanan jenis ini. Anda juga seharusnya memberi perhatian kepada lemak yang tersembunyi didalam makanan tanpa anda sedari. Contohnya lemak yang berada dalam daging, produk susu penuh krim, telur dan coklat.

    Kurangkan pengambilan gula
    Jika anda mengambil terlalu banyak gula dan badan anda tidak biasa dengannya, ia boleh membawa kepada pertambahan berat badan. Oleh itu elakkan makan terlalu banyak kek, manisam, lemoned dan sebagainya.

    Wednesday 3 April 2013

    ESP , I'm In Love with You!!!

    Apa itu ESP? Kenapa saya jatuh cinta dengan ESP? Hebat sangatkah ESP ni?

    Mari sini saya nak kongsikan dengan anda semua.

    ESP (Energized Soy Protein)
    • merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian,
    • Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
    • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. 
    • ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet
    • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
    • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, 
    •  Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, 
    • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur,

      • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.

      • ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
       
    • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.