Diet yang seimbang terdiri dari pelbagai jenis makanan. Ingat, anda mesti makan dengan kerap dan pada masa yang teratur. Makanan mesti diambil dalam saiz hidangan yang sama dan tidak wajar untuk makan nasi yang banyak tetapi tiada sayuran. Satu jenis makanan tidak dapat menggantikan makanan yang lain.
Hati-Hati dengan pengambilan Garam
Gunakan garam dalam kuantiti yang sedikit. Jika anda menggemari makanan pedas, gantikan garam dengan perasa.
Minum satu liter setengah air sehari

Berhati-hati dengan lemak
Seperti yang kita tahu, makanan seperti mentega, krim, mayonese, minyak dan sebagainya mengandungi jumlah lemak yang banyak dan anda pasti mengelak daripada makanan jenis ini. Anda juga seharusnya memberi perhatian kepada lemak yang tersembunyi didalam makanan tanpa anda sedari. Contohnya lemak yang berada dalam daging, produk susu penuh krim, telur dan coklat.
Kurangkan pengambilan gula
Jika anda mengambil terlalu banyak gula dan badan anda tidak biasa dengannya, ia boleh membawa kepada pertambahan berat badan. Oleh itu elakkan makan terlalu banyak kek, manisam, lemoned dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment