Monday 29 July 2013

KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN B COMPLEX


Badan kita memerlukan vitamin B yang mencukupi bagi membantu proses penghadaman , iaitu pertukaran makanan kepada tenaga serta memastikan kesihatan saraf sekaligus meredakan tekanan dan sakit kepala. Sebab itu, dalam program kesihatan Shaklee… B Complex merupakan salah satu supplement  asas yang wajib diambil untuk kebaikan dan kesihatan badan secara menyeluruh.


 B complex Shaklee berbeza dengan kebanyakan B-complex yang berada di pasaran ????.Hal ini terbukti apabila Para saintis telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah bersifat  sintetik..


 Selain itu,  B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Ciotin dan Asid Folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.


 1. B1 (thiamin)2. B2 (riboflovin)3. B3 (niacin)4. B55. B6 (pyridoxine)6. B12 (cobalamine) 7. Acid folic8. Asid panthothenic9. Biotin 


Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari. 


 KEBAIKAN DAN MANFAAT VITAMIN B- COMPLEX DARI SHAKLEE  


1. Dapat menukar makanan kepada tenaga 


- membantu penghadaman, menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan. 


2. Melawan tekanan 


- memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepada, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia. 


3. Membantu Tumbesaran 


- menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.


 4.Rambut beruban dan gugur


 - membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. 


5. Baik untuk mata


 - mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan,perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus. 


6. Dapat mencegah anemia


 - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan anti bodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendakan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, peming , lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut. 


7.Meredakan senggugut 


- Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit. 


8. Mencegah perlcche -  dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau. 


9.Detoksifikasi - meredakan alahan. 


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


 1. Merangsang pertumbuhan.


 2. Meningkatkan kemampuan berfikir.


 3. Memberikan tambahan tenaga.


 KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA


 1. Menambah tenaga.


 2. Mengurangkan stress.


 3. Melambatkan proses uban di rambut.


 4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


  KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG


 1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.


 2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


  Oleh itu…bermula dari hari ini bekalkanlah badan kita dengan vitamin B-complex yang secukupnya….


Walaupun hanya 1 biji sehari…pelbagai khasiat telah dibekalkan kepada badan kita…bagi melancarkan segala proses didalam  tubuh kita…


ANY ORDER ATAU PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI SAYA @ 017-6622589

 

Wednesday 17 July 2013

Senaman KAGEL.. Penting Untuk WANITA



Pernah dengar tentang senaman kegel? Agak pelik bunyinya tetapi senaman ini agak penting untuk wanita mahupun lelaki. Kalau anda nak tahu, senaman ini juga dipanggil sebagai senaman kemutan.  Ia jarang dilakukan secara sengaja dan jika ia dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing. Senaman ini juga telah lama dipraktikkan oleh orang Melayu namun, ia jarang atau taboo untuk diperkatakan kerana senaman ini melibatkan alat sulit.

Jika anda mempunyai simptom lemah otot pelvis seperti terkencing ketika bersin atau batuk, kami sarankan sebaiknya lakukan senaman kegel secepat mungkin. Hal ini kerana ia mungkin akan menjadi lebih buruk sehingga memaksa anda untuk memakai panty liner dan jika tidak ditangani segera pasti akan merimaskan kehidupan seharian anda. Ada yang salah anggap bahawa senaman ini untuk tujuan merapatkan alat sulit bagi tujuan seks sahaja. Tidak, ia lebih daripada itu.

Otot pelvis akan menjadi lemah dan kendur apabila seorang wanita itu telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, ia juga mungkin dari faktor keturunan dan juga proses penuaan.

Cara-cara

Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti otot pelvis tersebut. Kemudian, kemutkan otot tersebut seperti anda menahan kencing. Tetapi janganlah lakukan semasa anda terasa mahu kening, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Hal ini kerana menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.

Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring. Apabila anda sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan. Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali. Seeloknya lakukan secara berkala sabanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.

Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang duduk di pejabat, mahupun ketika memandu. Wah, begitu mudah dan tiada alasan untuk tidak melakukannya.