Wednesday 1 May 2013

B COMPLEX - Vitamin Yang Penting Untuk Kesihatan Yang Baik

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
  
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.
 
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
 
  •  Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • . Mengelakkan penyakit beri-beri.
  •   Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  •   Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  •   Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  •   Mencegah stress.
  •   Menguatkan antibodi tubuh.
  •  Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  •   Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  •  Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  •   Mencegah anemia.
 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
  • Merangsang pertumbuhan.
  •   Meningkatkan kemampuan berfikir.
  •  Memberikan tambahan tenaga
 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
  •  Menambah tenaga.
  •   Mengurangkan stress.
  •   Melambatkan proses uban di rambut.
  •   Membantu meningkatkan konsentrasi.
 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
  •  Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  •   Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


KEISTIMEWAAN B COMPLEX SHAKLEE

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*


•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1 comment:

  1. assalam SH..banayak kebaikan nya kan..acik dulu sebut b complex..takut sangat..kononya takut gemuk..sebab bila makan vitamin selera bertambah

    ReplyDelete