Monday 3 June 2013

KAMI WANITA ADALAH MENAKJUBKAN!!

Anda tahu apa yang menakjubkan tentang wanita?

Kita selalu tahu cara mengendalikan keadaan. . Kita sememangnya suduh cukup sibuk dalam kehidupan seharian, melakukan pelbagai perkara agar kehidupan kita berjalan lancer, daripada merancang sajian makanan hingga merancang percutian keluarga. Tetapi apabilaterjadi berberapa krisis dalam kehidupan - kereta rosak, anak tidak sihat, krisis di pejabat - dan kekuatan dalaman yang tidak kita duga semakin menyerlah.

Kita menjadi jentera penyelesaian masalah, mencari jalan untuk memperbaiki apa jua keadaan, walaupun ia memerlukan kita mengetepikan perasaan takut kita, kesedihan dan panic sehinggalah kita rasa selamat untuk mengunci diri di dalam bilik dan menangis seketika (untuk memulihkan semangat).

Keupayaan untuk terus melangkah ke hadapan apabila menghadapi getir kehidupan adalah suatu ciri yang ada pada wanita khususnya ibu-ibu. Oleh itu menjadi seorang wanita adalah suatu keraian, khususnya seorang ibu.

Wanita adalah istimewa. Kita hanyalah insan biasa dengan cara yang amat luar biasa. Untuk berhadapan dengan segalka yang berlaku dalam kehidupan ini, yang baik dan sebaliknya, dan masih mampu melangkah kehadapan menuju hari seterusnya, percutian seterusnya, kebahagiaan yang akan dating akhirnya - itulah dia yang dilakukan oleh wanita setiap hari.

SAYA BANGGA MENJADI SEORANG WANITA APATAH LAGI MENJADI SEORANG IBU!


credit to: majalah mamibaby

No comments:

Post a Comment