Thursday 27 February 2014

Think Yourself Healthy

Ramai di antara kita sering menafikan kuasa minda. Sedangkan segala-galanya bermula dari situ. Sebagai contoh, kita diberi satu tugasan. Apabila minda kita memikirkan boleh, pasti hati akan turut berkata boleh walaupun orang sekeliling mengatakan tidak boleh. Demikianlah hebatnya kuasa minda pada diri.

Jangan biarkan minda berada pada kedudukan kedua selepas hati. Minda sepatutnya yang menguasai hati. Sentiasalah berfikir yang anda sihat, anda kuat, anda hebat, anda boleh, anda mampu, anda berani, anda cantik dan sebagainya. Kata-kata ini perlahan-lahan akan masuk kedalam jiwa sehingga kemampuan diri terbukti untuk merealisasikannya.

Semoga selepas ini anda dan saya lebih yakin dan bersemangat melakukan apa sahaja yang dirancang. Tambah-tambah pula kalau anda hendak memperbaiki gaya hidup yang lebih sihat ♥♥♥

No comments:

Post a Comment