Monday 3 March 2014

Penjagaan Ibu dan Kelahiran

Pada minggu-minggu dan bulan-bulan pertama, ibu akan memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan pada si kecil. Kebanyakkan ibu sering mengabaikan penjagaan diri sendiri sedangkan perkara ini juga akan menmanfaatkan bayi dan keluarga.

Kembali langsing bukan hanya dengan pemulihan fizikal selepas kelahiran, tetapi juga dengan memberi tumpuan pada penjagaan diri, tubuh dan kesihatan. Ibu perlu memberi perhatian kepada apa yang dimakan, waktu rehat dan penjagaan kulit dan badan. Secara keseluruhan, penjagaan diri amat penting untuk ibu kekal sihat dan gembira

Ingat bahawa masa dan penjagaan yang ibu berikan kepada diri sendiri sebenarnya ialah satu pelaburan kearah  membina sebuah keluarga yang bahagia. Bayi, pasangan dan anak-anak akan melihat serta merasai perbezaannya jika ibu mereka senang dengan diri sendiri. Oleh itu luangkan masa untuk diri sendiri. Berusaha untuk kembali langsing,jaga diri dan kulit. Makan dengan teratur, rehat secukupnya dan jadilah seorang ibu yang lebih baik, lebih rileks dan lebih gembira.

BERMINAT UNTUN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE
CALL/SMS/WHATSAPP AWA 0176622589

No comments:

Post a Comment