Friday 11 January 2013

Produk Kosmetik Punca Jerawat Anda?

Ketahui Bagaimana Ia Merosakkan Wajah Anda

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Apabila anda melalui rutin bersolek di pagi hari, pasti niat anda adalah untuk menyerlahkan diri dan penampilan anda. Namun siapa sangka produk kosmetik anda boleh menghasilkan kesan sebaliknya

Kajian dari Akademi Dermatologi Amerika Syarikat mendapati kebanyakkan masalah kulit seperti JERAWAT, BENGKAK, KERADANGAN dan BINTIK HITAM disebabkan oleh penggunaan sesetengah PRODUK KOSMETIK anda sendiri

Produk-produk kosmetik ini bukan sahaja merosakkan kulit malahan boleh menjatuhkan keyakinan diri seseorang dikhalayak ramai. Keyakinan diri pula berkait rapat dengan kehidupan sosial dan prestasi kerja, baik di Malaysia mahupun di dunia.

Tahukah anda bahawa kulit meupakan ORGAN TERBESAR kita yang meliputi 80% badan kita? Berdasarkan fakta ini, wajar kita mengetahui serba sedikit mengenai produk kosmetik kita yang boleh mengancam kesihatan kulit kita.

TERDAPAT DUA JENIS ALAHAN YANG DIKAITKAN DENGAN PENGGUNAAN PRODUK KOSMETIK

Sesetengah pengguna mengalami alahan terhadap kandungan bahan di dalam jenama kosmetik kesukaan mereka. Alahan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu "Iritant Contact Dermatitis" iaitu berasa gatal atau panas pada permukaan kulit dan " allergic contact dermatitis" iaitu alahan pada bahan kandungan spesifik yang menjadi punca bengkak, gatal, jerawat, dan keradangan kulit.

Reaksi-reaksi alahan ini lazimnya disebabkan oleh bahan pewangi dan pengawet yang terkandung dalam bahan kosmetik yang berada di pasaran kini.

Secara purata, seorang wanita moden menggunakan 20 JENIS PRODUK KECANTIKKAN DAN PENJAGAAN KULIT SETAHUN. Jika dikira, kuantiti bahan kimia yang diserap oleh kulit dalam jangka masa setahun, sudah pasti jumlahnya boleh membuat anda berhenti dan berfikir sejenak.

Lebih menakutkan lagi jika diperhatikan, kebanyakkan produk kosmetik di pasaran kini sudah pon mengandungi kuantiti bahan kimia yang terlalu banyak.

Ramai pengguna kosmetik  masih tidak sedar bahaya sesetengah produk-produk kesukaan mereka terhadap kesihatan kulit mereka. Contohnya bahan-bahan kimia PARABEN dan SODIUM LAURYL SUPHATE yang dicampurkan dalam sesetengah produk boleh menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.

Selain daripada alahan, produk kosmetik juga boleh menyebabkan jerawat di pipi, dagu dan dahi anda.

Ini berlaku kerana kandungan minyakdan talkum dalam produk kosmetik itu yang menyumbat pori-pori anda . Ini menggalakkan pembiakan bakteria yang menjadi punca jerawat menghantui wajah anda.

OLEH ITU ADALAH PENTING KESIHATAN DALAMAN DITITIK BERATKAN. APABILA DALAMAN KITA SIHAT, SERI WAJAH AKAN TERPANCAR. TAK PELRU MENGGUNAKAN PRODUK KOSMETIK YANG MEMBAHAYAKAN..FIKIR-FIKIRKAN :)


TESTIMONI PENGGUNA VITAMIN SHAKLEE
HUBUNGI SAYA DI 0176622589 (SITI HAWA) UNTUK INFO LANJUT

No comments:

Post a Comment