Tuesday 17 December 2013

Adakah Anda Mama Yang Bermasalah?

Ramai yang melebelkan "kanak-kanak bermasalah" tatkala mereka melakukan kesalahan malahan ada juga ibu bapa menyatakan anak mereka degil dengan pelbagai perkataan yang kurang enak didengar. Namun pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum meletakkan hukuman sebegitu kepada kanak-kanak. Persoalannya adakah mereka yang bermasalah atau anda yang bermasalah?

FAKTOR ANAK-ANAK MEMBERONTAK
  • Mereka perlukan perhatian dari ibu bapa
  • Mungkin ada ibu bapa yang bias terhadap anak-anak mereka
  • Hukuman yang tidak sesuai dengan kesalah mereka
PERHATIKAN DIRI SENDIRI, ADAKAH ANDA PERNAH MELAKUKAN ANTARA PERKARA DIBAWAH
  1. Bercakap ketika mulut penuh?
  2. Elakkan memakan sayur-sayuran sebaliknya memilih aiskrim?
  3. Bermasalah memilih baju untuk dipakai?
  4. Terlupa berkata "tolong" atau "terima kasih"?
  5. Masih belum tidur walaupun sudah melepasi waktu tidur?
  6. Tidak mahu tidur sendirian?
  7. Terlupa gosok gig?
  8. Jatuhkan barang-barang secara tidak sengaja?
  9. Pecahkan pinggan atau barang-barang kaca?
  10. Makanan tertumpah pada baju?
  11. Menangis bila kecewa?
  12. Gelisah bila bosan atau gementar?
  13. Lekas marah bila penat atau sakit?
  14. Tidak mahu berkongsi barangan istimewa milik anda?
  15. Tidak datang sebaik sahaja dipanggil?
  16. Meletakkan baju dan barang-barang ditempat tidak betul?
  17. Mengutamakan rehat berbanding melakukan tugasan utama?
  18. Perlu diingatkan berulang kali?
  19. Mengaalami masalah tatkala perlu memilih barangan yang perlu atau tidak di pasar raya?
  20. Bercakap dengan kuat?
  21. Berasa terganggu bila diberitahu apa yang perlu dilakukan oleh orang lain?
  22. Berangan-angan?
  23. Mempunyai masalah jika berhadapan dengan orang yang tidak disukai?
  24. mengelakkan bertentangan mata apabila berada didalam situasi tegang?
  25. Menarik perhatian orang yang disukai dengan pelbagai perkara?
  26. Menadrik balik keputusan anda apabila tidak mendapat sokongan yang diperlukan
  27. Berasa marah apabila orang tidak mengambil kira perasaan anda secara serius?
  28. Seronok apabila orang melayan anda dengan baik?
  29. Perlukan seseorang apabila putus asa atau takut
  30. Terlupa meletakkan sesuatu barang?
  31. Terlupa membawa barangan penting ketika ke tempat kerja?
  32. Tidak boleh membuat keputusan berat bersendirian?
  33. Terpaksa menipu untuk melindungi diri sendiri?
  34. Kecewa bila diragui atas kebenaran?
  35. Putus asa pabila melakukan sesuatu namun menemui jalan buntu?
  36. Berkeras melakukan sesuatu mengikut masa dan cara anda?
  37. Kecewa bila tidak mencapai target?
  38. Mempunyai masalah untuk mengawal emosi anda?
  39. Kadang-kadang marah tanpa sebab?
  40. Menggelakkan daripada di bebel?
  41. Mempunyai masalah mengatakan " saya minta maaf"?
  42. Tidak selesa tatkala orang membicarakan tentang diri anda?
  43. Tertekan apabila diletakkan harapan tinggi?
  44. Tidak senang dengan manipulasi pihak lain?
  45. Tidak fokus jika meneima arahan terlalu kompleks?
  46. Sedih apabila orang menyalah erti kan niat anda?
  47. Mengkritik apabila tidak mendapat apa yang dihajati?
  48. Membebel jika terpaksa berada didalam kereta dengan jangka waktu yang panjang?
  49. Membebel jika cuaca tidak seperti yang dijangka?
  50. Perlu diyakinkan bahawa anda disayangi dan dihatgai
Jika anda mempunyai sebahagian daripada senarai di atas, jadi jangan cepat melebelkan anak-anak anda sebagai bermasalah. Jika anda sendiri mempunyai masalah diatas namun tidak menyedari selama ini, maka ini adalah masanya untuk mengamalkan ilmu keibubapaan yang betul.

LAKUKAN INI!!
  1. Sedari kelemahan anda satu per satu lalu cuba memperbaiki atau mengurangkan tabiat buruk tersebut.
  2. Kemudian senaraikan kelakuan anak-anak dan bandingkan antara kedua-duanya. Adakah mama dan anak-anak mempunyai perangai yang sama?
  3. Kadang-kadang apa yang mereka lakukan dilabelkan buruk dalam masa yang sama bila ia dilakukan oleh anda ia dianggap "tidak apa"
  4. Jadi tanya diri anda bagaimana saya bereaksi kepada anak-anak ketika mereka melakukan perkara yang saya sukai tetapi tidak bagus?
  5. Berhenti labelkan anak nakal, bermasalah dan sebagainya kerana ia hanya membuatkan mereka lebih agresif. Ingatlah, kata-kata seorang ibu adalah sebuah doa, jadi cuba katakan perkara yang baik-baik.
  6. Mengikut kata Dr.Seuss dalam "Horton Hears a Who" iaitu " Manusia tetap sama , walaupun apa jua beza usia mereka." Memang benar, mama dan papa lebih tua dan banyak menimba pengalaman berbanding kanak-kanak yang masih mentah. Namun ia tidak bermakna kita berhenti menuntut ilmu dan kadang kala mereka juga mencerminkan sikap kita. Mama boleh mendengar rungutan mereka terlebih dahulu sebelum menghukum mereka.
Ingatlah, anak adalah cermin terbaik kepada perilaku anda dan mereka sebenarnya memberi peluang untuk anda belajar sekali gus membetulkan diri anda sendiri.

sumber: majalah nur

No comments:

Post a Comment