Showing posts with label senaman. Show all posts
Showing posts with label senaman. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

Tips Badan Pejal Dan Seksi - Untuk Mereka Yang Terlalu Kurus


Masalah berat badan bukan hanya dikatakan overweight dan obesiti sahaja. Kurang berat badan atau terlalu kurus juga boleh dikategorikan sebagai masalah berat badan. Perlu diingat, badan yang terlalu kurus juga berbahaya kerana kekurangan gizi dan nutrisi. Jika berat badan anda kurang daripada berat badan yang ideal, adalah lebih baik untuk anda lakukan sesuatu. Ingin menambahkan berat badan agar lebih berisi tetapi tetap sihat? Ikuti tips diet ini:

Pengambilan Karbohidrat
Karbohidrat yang baik adalah dari buah, sayuran dan gandum. Jangan lupa mengambil sarapan atau selang selikan waktu makan dengan snek yang mengandungi sedikit gula

Lemak
Lemak perlu untuk tenaga, menjaga kesihatan kulit rambut  dan menaikkan berat badan. Harus diingat, ambillah lemak yang sihat seperti lemak tidak tepu, omega 3 dan omega 6 yang terdapat didalam minyak sayuran.

Protein
Badan kita memerlukan protein untuk pembentukan otot, organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi badan. Pilihan protein yang sihat seperti ikan, ayam dan kacang-kacangan. Anda boleh mengambil daging merah tetapi cukup dua kali seminggu. Elakkan mengambil sosej atau burger.

Vitamin


Biasakan diri mengambil berberapa sayuran dan buah-buahan dalam sehari. Pada asanya semua buah mengandungi semua vitamin. Jadi makanlah sedikit tetapi kerap iaitu 5-6 hidangan buah dan sayur segar per hari

Mineral
Kalsium, Zat besi, fosfur, iodin, natrium, kalium dan florin adalah sejenis mineral yang diperlukan badan. Ia juga berfungsi dalam menjaga kepadatan tulang, gigi, melancarkan pengaliran darah dan sebagainya. Contohnya buah, sayuran, susu, keju, kacang-kekacangan, dan sebagainya.

Vitamin Tambahan

Anda juga boleh mengambil vitamin tambahan untuk keperluan tubuh anda

Air Putih
Minuman bersoda, cappucchino dan jus buah memang mengandungi banyak gula dan boleh membuatkan anda cepat gemok secara tidak sihat. Paling penting adalah air putih yang boleh membantu melancarkan sistem penghadaman, menjaga kesihatan ginjal dan sebagainya.

Senaman
Latihan kardio seperti joging, berjalan cepat dan aerobik boleh membuatkan badan berisi tetapi tidak menggelebeh kerana lemak yang berlebihan. Lakukan juga rutin angkat beban untuk membentuk dada dan lengan yang padat dan cantik.

Jauhi Junk Food
Hentikan kebiasaan junk food yang anda seperti burger, hot dog, piza atau daging segera yang dibekukan. Makanan ini mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang mengandungi lemak dan meningkatkan kadar kolesterol.

Credit to: Majalah Rapi

Wednesday, 17 July 2013

Senaman KAGEL.. Penting Untuk WANITA



Pernah dengar tentang senaman kegel? Agak pelik bunyinya tetapi senaman ini agak penting untuk wanita mahupun lelaki. Kalau anda nak tahu, senaman ini juga dipanggil sebagai senaman kemutan.  Ia jarang dilakukan secara sengaja dan jika ia dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing. Senaman ini juga telah lama dipraktikkan oleh orang Melayu namun, ia jarang atau taboo untuk diperkatakan kerana senaman ini melibatkan alat sulit.

Jika anda mempunyai simptom lemah otot pelvis seperti terkencing ketika bersin atau batuk, kami sarankan sebaiknya lakukan senaman kegel secepat mungkin. Hal ini kerana ia mungkin akan menjadi lebih buruk sehingga memaksa anda untuk memakai panty liner dan jika tidak ditangani segera pasti akan merimaskan kehidupan seharian anda. Ada yang salah anggap bahawa senaman ini untuk tujuan merapatkan alat sulit bagi tujuan seks sahaja. Tidak, ia lebih daripada itu.

Otot pelvis akan menjadi lemah dan kendur apabila seorang wanita itu telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, ia juga mungkin dari faktor keturunan dan juga proses penuaan.

Cara-cara

Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti otot pelvis tersebut. Kemudian, kemutkan otot tersebut seperti anda menahan kencing. Tetapi janganlah lakukan semasa anda terasa mahu kening, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Hal ini kerana menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.

Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring. Apabila anda sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan. Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali. Seeloknya lakukan secara berkala sabanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.

Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang duduk di pejabat, mahupun ketika memandu. Wah, begitu mudah dan tiada alasan untuk tidak melakukannya.