Showing posts with label Garlic. Show all posts
Showing posts with label Garlic. Show all posts

Tuesday, 14 January 2014

DIET UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI


Penyakit darah tinggi yang lebih dikenali sebagai silent killer /pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda atau amaran seperti sakit gigi atau sakit belakang. Tekanan darah tinggi atau hipertensi berlaku apabila tekanan darah bacaan tidak normal untuk suatu jangka masa yang lama. Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mmHg. Indikator untuk tekanan darah tinggi adalah apabila bacaan tekanan darah melebihi tekanan normal atau melebihi sehingga 140/90 mmHg, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama ialah tekana sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolic iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Faktor Risiko

Kenali factor risiko yang menyebabkan tekanan darah melebihi normal.

1      @ Sejarah keluarga
2      @ Kegemukan
3      @ Tekanan/stress
4      @ Pengambilan garan sehari adalah berlebian
5      @ Kurang bersenam
6      @ Merokok
7      @ Meminum alcohol



Jika pembaca tergolong didalam tujuh golongan yang tersenarai diatas, maka perlu berwaspada dan berazam untuk mengubah cara hidup serta pemakanan secara 360 darjah secara perlahan-lahan. Tekanan darah tinggi akan membebankan jantung lalu menyebabkan arterioklerosis (pengeras dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik degenerative seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung dan penyakit berkaitan jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, buah pinggang dan otak serta boleh membawa maut.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

1)      Kurangkan berat badan
Penurunan berat badan bukan sahaja dapat mengawal tekanan darah tetapi juga memudahkan lagi kesan ubat. Pengurangan 1KG berat badan telah mengurangkan 1.5mm Hg tekanan darah.

2)      Bersenam dengan kerap.

3)      Kurangkan pengambilan garam
Garam umpama pasir ataupun span yang menyerap air dan meningkatkan tekanan darah. Semakin banyak garam dalam badan, maka semakin banyak air terkandung dalam badan. Oleh itu, makanan tinggi garamtidak sesuai untuk pesakit jantung kerana ini akan membebankan jantung.

4)      Jangan Merokok
Kesan nikotin dalam sebatang rokok boleh meningkatkan tekanan darah sebanyak 5-10mm Hg dalam masa 30 minit. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pon lebih tinggi sepanjang masa.

5)      Kurangkan stress
Stress dalam pekerjaan, duit, kesesakan jalan dan sebagainya akan meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Jika anda mempunyai kronik stress, sudah tentu ia mudaratkan kesihatan dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok, dan pelbagai jenis penyakit.

6)      Amalkan diet yang lebih seimbang.
Diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan mengurangkan tekanan darah.

7)      Jangan leka
Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Pastikan melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE MEMBANTU MENGURANGKAN DARAH TINGGI

Shaklee adalah supplemen yang berasaskan bahan semula jadi. Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semula jadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kejayaan sains dan makmal terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil supplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesan kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil supplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil supplemen langsung.

OMEGA GUARD

Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spectrum penuh bergred farmaseutikal. Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

GARLIC

Kajian menunjukkan bahawa bawang putih berupaya meningkat kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seharian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam
~Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol
~Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
~Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting
~Formula Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semula jadi bawang putih segar, termasuk sebatian pembentuk alisin
~Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 017 6622589



Saturday, 7 September 2013

GARLIC COMPLEX


A
llicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
·         Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
·         Menormalkan keseimbangan lipoprotein
·         Menurunkan tekanan darah
·         Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
·         Berfungsi sebagai anti-oksidan
·         Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
·         Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
·         Bantu rawat asthma


Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
ü  Pengekalan 100% Allicin aktif

ü  Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic

ü  Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaituRosemary dan Spearmint.

ü  Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

ü  Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Khasiat Garlic Complex
·         Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana 
mengandungi ekstrak spearmint.

·         Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, 
kulat, kuman, virus dan yis candida

·         Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit 
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

·         Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung 
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

·         Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic 
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara 
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

·         Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam 
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung 
dalam tubuh tanpa kita sedari.

·         Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, 
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.

·         Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan 
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana 
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

·         Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

·         Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan 
·         brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

·         Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan 
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

·         Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
-       Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
-       Perut memulas (stomach upset)
-       Cirit-birit (Diarrhea)
-       Bronkitis
-       Luka-luka (infected wounds)
-       Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Cadangan pengambilan :

Kesihatan biasa : 2 tablet sehari selepas makan.

Untuk radang dan alergi : 2 tablet setiap kali, 2 kali sehari.

Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia : 2 tablet setiap kali, 2-3 kali sehari

UNTUK TEMPAHAN CALL/SMS/WHATSAPP AWA @ 017-6622589. FREE CONSULTATION!!