Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Sunday, 6 April 2014

Sakit Dada Petanda Awal Serangan Jantung Buat WANITA


Sakit dada merupakan tanda biasa bagi serangan jantung tetapi adalah penting untuk memahami bahawa terdapat pelbagai jenis sakit dada. Kebanyakkan mereka yang menghidap penyakit arteri koronari menderita angina pectoris ataupun sakit dada atau rasa tidak selesa apabila jantung tidak menerima darah yang secukupnya.

Secara normalnya ia berlaku apabila jantung terlebih bekerja seperti semasa bersenam atau ketika melakukan aktiviti fizikal. Sakit dada ini akan hilang apabila aktiviti-aktiviti tersebut dihentikan. Sakit dada berkaitan dengan serangan jantung boleh berlaku pada sebarang masa, paling ketara keadaan ini berlaku pada waktu pagi, dan jangka masanya amat panjang dan berterusan. Mereka yang memiliki sejarah mengalami angina boleh merasai lebih kerap serangan angina dalam berberapa minggu atau hari sebelum mendapat serangan jantung.

Sakit dada yang dialami kerap diterangkan sebagai teruk, seperti terdapat sesuatu yang sedang menghancurkan jantung. Penghidap juga akan meresa seperti jantung mereka ditekan dengan teruk. Ada juga yang menerangkan sakit dada yang dialami seperti bagaikan dada mereka ketat atau panas.

Rasa sakit itu selalunya bermula pada bahagian tengah dada. Kemudiannya ia akan merebak keluar dan memberi kesan pada bahu, leher, rahang atau lengan. Sakit dada ini akan berlanjutan sehingga 15 minit dan tidak akan lega walaupun berehat atau mengambil ubat seperti nitroglycerin.

Gejala-Gejala

Tanda-tanda serangan jantung pada wanita dan orang dewasa berumur amat berbexa. Selalunya gejala-gejala hadir sebagai sakit dada atiupikal atau tidak bersesuaian dengan jenis. Ini bermakna ia seperti lebih rasa tidak hadam atau pedih hati. Ia juga boleh termasuk loya atau muntah-muntah.

Wanita lebih ramai mengalaminya jika dibandingkan dengan lelaki. Wanita juga akan turut mengalami kesukaran untuk bernafas atau nafas pendek, kelesuan atau kelemahan pada bahu dan lengan atas.

Orang dewasa berumur sering mendapatkan rawatan perubatan untuk pelbagai gejala termasuklah kesukaran bernafas, keliru, pengsan, kepeningan, sakit perut dan batuk. Mereka sering terfikir diri mengalami strok sedangkan hakikatnya mereka sedang menderita serangan jantung.

Gejala-gejala lain yang muncul semasa serangan jantung adalah tindak balas kepada kerosakkan yang dialami oleh jantung semasa serangan berlaku. Kegelisahan, takikardia (degupan jantung pantas) dan penyempitan pembuluh darah berlaku apabila tindak balas kepada rangkaian sistem saraf.

Keadaan ini menyebabkan kulit yang sejuk, berlengas atau lembap., dan berbelak. Pusat pernafasan di otak memberi tindak balas kepada rasa sakit dan kimia darah berubah dengan cara meningkatkan kadar pernafasan. Kematian trisu jantung menyebabkan inflamasi yang menybabkan peningkatan sel-sel darah putih dan kenaikkan dalam suhu.

Bergantung pada lokasi dan jumlah kematian tisu jantung, tandatanda serangan jantung termasuklah tekanan darah tinggi, loya, muntah-muntah atau bradikardia atau degupan jantung perlahan.

Iritasi pada diafragma boleh menyebabkan diri tersedu. dalam kes teruk, tanda pertama serangan jantung adalah kematian mengejut. Keadaan ini berlaku apabila pembuluh utama darah tersekat sepenuhnya.

Adalah penting untuk mendapatkan rawatan dengan segera apabila tanda-tanda pertama serangan jantung sedang dialami. Apabila mangsa serangan jantung sedang menerima rawatan perubatan lebih tiggi peluang untuk mereka hidup.

Pencegahan

Tindakan terbaik adalah untuk menurangkan risiko-risiko awal dalam kehidupan. Tujuan utama adalah untuk tidak mengalami angina, serangan jantung atau kematian mengejut. Walaupun kita tidak dapatr mengelak penuaan, risiko yang diwarisi atau jantina, tetapi faktor-faktor risiko lain mampu kita kawal. Kita boleh melakukuan perkara-perkara berikut bagi mengelakkan sakit sakit dada sekaligus serangan jantung

  • Bagi perokok. BERHENTILAH MEROKOK
  • kawal tekanan darah tinggi
  • Rendahkan lemak dalam darah (diet, senaman dan perubatan)
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Kawal diabetis dan gula dalam darah
  • Jangan mengambil dadah.
Vitamin Shaklee Untuk Kesihatan Jantung

Omega Guard

Membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pangambilan asid-asid lemak Omega-3 seperti EPA dan DHA boleh 
  • mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
  • memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah rendah dan paras trigliserida yang normal.
  • Memelihara Kesihatan otak, pemglihatan dan fungsi-fungsi sendi
EPA menyihatkan jantung dan sendi
DHA Penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak

Energizing Soy Protein (ESP)


Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi merendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamnnya
  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14g protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan Menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
Sustained Release Vitamin C

Merupakan produk pertama yang menawarkan Vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semula jadi yang menggunakan propeitari dengan sistem penyaluran yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam
  • Antioksidan yang kuat
  • Menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah
Vitamin E Complex

Sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan.

B-Complex



Vitamin B penting untuk fungsi keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada dari segi
  • Kesihatan jantung
  • Sintesis DNA
  • Menguruskan tekanan
  • Membina metabolisma
  • Meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan
Lechitin

Sains Akademi Nasional (The Nasional Academy of Scienes) telah menetapkan yang kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia
  • meningkatkan kesihatan otak
  • kesihatan hati
  • kesihatan sistem kardiovaskular 
  • kesihatan pembiakkan

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN RANGKAIAN VITAMIN SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 017-6622589

Monday, 17 February 2014

RAWATAN TERBAIK ATASI 4 CELA KULIT

Kita sering dihantui dengan pelbagai masalah kulit yang adakalanya kita sendiri tidak pasti apakah ia. Ketahui jenis-jenis cela ini dan bagaimana Vitamin Shaklee dapat membantu

KULIT TEMPEL

Tempel kulit ialah ketumbuhan kecil pada kulit yang mungkin mempunyai pedunkel (tangkai) – Nampak seperti tempelan kulit kecil yang tergantung

Tanda Dan Gejala

Ia boleh muncul pada mana-manabahagian permukaan badan (kulit)(, tetapi kebanyakkannya di bahagian dimana kulit bergesel dengan kulit seperti:
  • Kelopak mata
  • Ketiak
  • Bawah payudara
  • Bahagian kelangkang
  • Bahagian atas dada
  • Leher (Paling biasa) 

Tempel kulit atau ketumbuhan bukan benigna ini tidak menyebabkan sebarang gejala, melainkan berulang kali ditenyeh atau digaru. Ia boleh berlaku apabila memakai baju, barang kemas, atau mencukur. Tempel kulit yang sangat besar boleh pecah akibat tekanan. Tempel kulit terbentuk daripada sel saraf, sel lemak, dan penutup epidermis

Punca

Tempel kulit adalah ketumbuhan yang sangat biasa dan umumnya dialami selepas usia pertengahan. Ia dipercayai berpunca daripada kulit bergesel dengan kulit. Oleh kerana itu ia umumnya terdapat pada lipatan kulit.
Tempel kulit lebih biasa dialami oleh
  • Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk, mungkin kerana mereka mempunyai lebih banyak lipatan kulit.
  • Wanita mengandung – besar kemungkinan disebabkan pengeluaran hormone
  • Pesakit diabetis
  • Mereka yang mendapat serangan virus papilloma manusia
  • Mereka yang mempunyai anggota keluarga terdekat yang mempunyai temple kulit lebih berkemungkinan akan mendapatnya.


SIRINGOMA

Siringoma adalah benjolan benigna tidak berbahaya berpunca daripada kelenjar peluh atau ekrin yang terlebih aktif. Biasanya terdapat dibahagian atas pipi dan bawah mata, lebih kerap dialami oleh remaja dan wanita. Siringoma boleh diwarisi dan mereka yang menghidap diabetis (kencing manis)

Tanda Dan Gejala

  • Siringoma adalah benjolan kecil warna kulit (papul dermis) yang terbentuk pada bahagian atas pipi dan bawah mata
  • Papul (bintat kecil) boleh berbentuk bulat atau rata, dan berupa sista atau jernih
  • Mungkin terdapat bonjol-bonjol kecil setempat atau di beberapa bahagian muka pada satu masa
  • Wanita lebih cenderung mendapat siringoma daripada lelaki

Punca

Siringoma bermula daripada sekumpulan sista minyak yang perlahan-lahan bercantum menjadi satu. Puncanya termasuk gfen keluarga, makanan berkalori tinggi (goring/BBQ), diabetis dan minyak berlebihan pada epidermis (produk penjagaan kulit terlalu berkrim/sabun berlebihan/ kelenjar peluh terlebih aktif)

Punca sirigoma yang lain termasuk
  • Kelenjar peluh atau ekrin terlebih aktif
  • Hormon tidak seimbang
  • Keadaan perubatan seperti diabetis yang meningkatkan risiko pertumbuhan sirigoma


SISTA MINYAK

Sista adalah bonjol kecil yang terbentuk betul-betul dibawah kulit. Tidak seperti jerawat yang berpunca daripada minyak terkumpul dalam pori-pori, sista mengandungi protein dikenali sebagai keratin yang menyumbat pori-pori. Sista boleh terbentuk dalam pelbagai saiz, daripada bonjol halus sehingga bonjol besar.

Tanda Dan Gejala

Sista yang terbentuk pada muka tidak boleh ditutup dengan mekap atau krim. Sista boleh dialami oleh orang dewasa dan kanak-kanak, dan biasanya disebabkan oleh jangkitan pada folikel rambut dan pengeluaran sebum berlebihan. Sista umumnya tidak membawa mudarat tetapi ini tidak bermakna anda patut membiarkannya. Jika tidak dirawat, sista minyak boleh menyakitkan atau menyebabkan kemerahan kulit.
Sista minyak selalunya membesar menjadi bisul, kadang-kadang satu atau dua bintil yang biasanya terdapat dibahagian bawah mata, bahagian atas pipi dan ketiak, dada dan perut. Bonjol kecil warna kulit atau kekuningan ini ada kalanya Nampak seperti lut cahaya (seperti sista kelahiran) dengan garis pusat kurang dari 3mm

Punca
  • Kelenjar sebum terlebih aktif sehingga mengakibatkan pori-pori tersumbat
  • Jerawat boleh menjadi sista jika tidak dirawat dengan betul
  • Perubahan hormone tidak seimbang
  • Akil baligh
  • Bahan pencemar dan bahan kimia
  • Diet tidak sihat


KUTIL

Apabila kutil atau ketuat kulit muncul, ketumbuhan tidak berbahay ini seolah-oleh muncul entah dari mana. Tetapi kutil biasa sebenarnya adalah jangkitan dalam lapisan atas kulit, disebabkan oleh virus papilloma manusia. Apabila virus menyerang lapisan luar kulit, biasanya menerusi goresankecil, ia menyebabkan pertumbuhan sel dengan pantas pada lapisan luar kulit  yang membentuk kutil
Virus papilloma manusia boleh merrebak dan berjangkit menerusi perkongsian tuala atau pakaian, lebih-lebih lagi di tempat awam seperti rumah kelab dan pusat kecergasan.

Tanda Dan Gejala

Pakar sains telah mengenal pasti lebih daripada 100 jenis virus unik. Kebanyakkan orang pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya satu kutil biasa dalam hidup mereka, biasanya pada tangan.
Cara paling biasa dijangkitan virus ini adalah melalui sentuhan kulit dengan kulit. Anda juga boleh dijangkiti virus daripada benda seperti tuala yang telah digunakan oleh orang yang mempunyai kutil

Punca

Kutil umumnya adalah sejenis cela kulit yang tidak mendatangkan mudarat. Permukaan benjolannya rata dan berpunca daripada virus biasa yang dinamakan virus Papiloma Manusia (HPV). Jumlah ketumbuhan adalah dari 20 hingga 100. Jika tidak dibuangsebaik sahaja tumbuh, kutil akan merebak.
Kutil merebak melalui sentuhan fizikal dan perkongsian barang seperti tuala dan sebagainya. Ia boleh berjangkit dari seorang manusia kepada manusia lain. Sesetengah kutil membawa risiko tinggi kerana ia invasive. Anda hendaklah segara berjumpa doctor untuk membuangnya jika ia bernanah atau berdarah, dengan kesakitan atau kegatan tersembunyi, lebih besar dari saiz biasa (garis pusat lebih daripada 1sm), warna dan saiz berubah, dan tiba-tiba menjadi radang

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE DAPAT MEMBANTU

SR VITA C

Vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietary dengan system penyaluran yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam. Sebagai satu antioksidan yang kuat, Vitamin C merupakan nutrient yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gig,tulang, otot dan pembuluh darah.

Kebaikkan SR Vita C

  • Melambatkan proses penuaan
  • Pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik
  • Membantu menghilangkan parut dan jerawat
  • Membantu wajah tampak lebih berseri dan tidak kusam


VITAMIN E

Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat disamping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.

Kebaikkan Vitamin E

  • Melambatkan proses penuan
  • Memperbaiki peredaran darah
  • Melegakan PMS
  • Mengurangkan kesan parut
  • Meningkatkan kesuburan.Menambah pengeluaran air mani lelaki
  • Menggalakkan kulit, dan rambut menjadi sihat, cantik dan lebat
  • Membantu merawat masalah kedinginan suami isteri


B—COMPLEX

Vitamin B penting untuk fungsi keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolism.

Kebaikkan B-Complex
  • Detoksifikasi
  • Menghilangkan stress
  • Membantu tumbesaran
  • Mengekalkan kesihatan rambut dan mata
  • Mencegah anemia
  • meredakan senggugut
  • Menguatkan antibosi tubuh


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasakan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Kebaikkan ESP
  • Mencerah, Melicin dan menggebukan kulit
  • Menghilangkan parut
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong system imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan mennggalakkan kesihatan jantung dan prostat


Pengambilan VITAMIN SHAKLEE secara konsisten bukan sahaja menjadikan kulit lebih cantik, cerah berseri-seri, ia juga memberi kesihatan yang menyeluruh kepada badan anda.


BERMINAT NAK MENCUBA VITAMIN SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 0176622589

Sunday, 1 December 2013

Jenis Vitamin Dan Fungsinya Kepada Kecantikkan

Rawatan menggunakan vitamin suatu ketika dahulu amat popular di kalangan wanita. Menurut Dr.Nurhalina sebenarnya Vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan. Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana Vitamin A, C dan E baik untuk kulit


Rawatan Vitamin yang paling popular adalah Vitamin C. Sama seperti kologen, jika seseorang individu sama ada lelaki atau wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imun badan.

Vitamin C dan E biasanya diambil secara oral. Vitamin A pula banyak terdapat di dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan meransang penghasilan kolegen dalam kulit. Namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan mengambil produk perawatan kulit yang mengandungi Vitamin A.

Walau bagaimana pun Vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral tetapi boleh juga diambil secara suntikan namun tidak mendapat kelulusan daripada pihak KKM. Perlu diingat bahawa rawatan menggunakan Vitamin C yang diambil secara suntikan perlu diambil secara berterusan bagi mendapat hasil yang berpanjangan kerana Vitamin C yang meresap ke dalam kulit lama kelamaan akan terurai dalam lapisan kulit.

Vitamin B pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil secara oral atau suntikan. Pendek kata ke semua rawatan menggunakan Vitamin mempunyai kebaikan dan kelebihan tertentu.

Oleh itu pilihlah Vitamin yang benar-benar sesuai dengan anda. Shaklee menawarkan Vitamin semula jadi yang mampu membantu anda menjalani kehidupan lebih sihat dan meyakinkan.

Anda berminat dengan Shaklee? SMS/Whatsapp/Call Awa 017-6622589

Tuesday, 27 August 2013

Jerawat Hilang, Kulit Kusam Kembali Berseri Dengan Vitamin E Shaklee


Wah bestnya tengok pengalaman sis ni yang sudi berkongsi pada semua. Jom kita tengok dulu apa katanya:


"This one gambar before makan VIT E.. Muka beminyak.. Bejeragat.. Bekas jerawat jgn ckp lah... Huhu... So lucky to have SHAKLEE.. Serious sgt berkesan :-) .. I am happy with my new look"


"After 1 month and 2 weeks menggunakan VIT E.. Ini lah hasilnya... Kulit rasa lebih flawless.. Sekarang ni dh stat guna vit e & vit c.. Alhamdulillah.. Hasil yg lebih positive.. Bekas jerawat dah makin hilang.. Thank you my dearie sis Nur Najmah Salleh for introducing me such an awesome product.. Dia yg perasan muka saya kusam dan tak berseri dan suggest ambil vit e... Tq tq :-) ... Love Shaklee and my sis "





Pada mulanya beliau hanya mengambil Vitamin E Shaklee sahaja tetapi kemudiannya menambah Vitamin C untuk melengkapkan lagi. Best kan dapat wajah yang diimpikan. Jom kita baca apa kelebihan Vitamin  E ini.



Antara kelebihan Vitamin E ialah : dipetik dari blog Kak Cery
1.Dengan membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.

2.ANTI-PENUAAN - Kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen, memberi anda lebih ketahanan.

3. Baik untuk JANTUNG
 - Mengembangkan pembuluh darah dan mencegah pengerasan arteri, keadaan begini biasanya dikaitkan dengan umur tua dan kerosakan jantung. Menghalang pembentukan darah beku.
4. Vitamin E meningkatkan kelelakian dan kesuburan

*Vitamin E diperlukan dalam pembentukan nukleus, dinding sel, RNA dan DNA pada setiap sel di dalam tubuh. Ia bertindak dengan Vitamin C untuk kesihatan sel-sel tubuh.

Di sini saya juga nak kongsi beberapa scenario yang saya baca dari blog Norita (ni saya letak original post dari beliau based on her experience)..Jom baca... Thanks Ann


Senario 1
Saya mempunyai seorang teman yang berusia 33 tahun. Dia merupakan seorang ibu dan wanita yang bekerjaya. Saya pernah berkongsi dengan beliau tentang keperluan supplement... apa kata beliau? Tak mengapalah, saya rasa saya cukup sihat dan saya jarang sakit. Kalau sakit pun setahun sekali. Alhamdulillah. Bagusnya mempunyai kesihatan seperti itu. Tetapi itu pada asasnya. Pandangan peribadi saya, walaupun beliau baru berumur 33 tahun tapi sudah kelihatan garis-garis kedut dan tompokan hitam diwajah beliau. Beliaukelihatan lebih tua dari usianya. Mengapa? Sebenarnya untuk kelihatan lebih muda, sel kulit memerlukan vitamin E. Sebab itu terdapat syarikat yang mengeluarkan produk pencuci muka yang claim bahawa produknya mengandungi ekstrak vitamin E la vitamin C dan macam-macam lagi. Sesungguhnya kecantikan itu bermula dari dalam. Apa yang saya maksudkan ialah balik pada penciptaan manusia itu sendiri. Kita wujud dari sel. Sel bergabung menjadi tisu. Dari tisu terbentuk organ. Dengan organ kita mempunyai sistem!

Senario 2
Sahabat suami saya seorang yang kurus. Memang nampak normal dari segala aspek. Baru-baru ini beliau dikehendaki untuk membuat medical check-up atas urusan kerja. Alangkah terperanjatnya beliau apabila result medical menunjukkan beliau mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Kemungkinan untuk mendapat sakit jantung sangat tinggi. Bagaimana? Sekiranya beliau tahu vitamin E amat bagus untuk memecahkan lemak(kolesterol) saya yakin beliau akan terus consume. Tetapi malangnya beliau adalah dari golongan yang taksub dengan doktor. Katanya doktor telah memberikannya ubat untuk mengawal kolesterolnya itu. Pada saya.... terpulang pada individu. 

Senario 3
Seorang teman saya yang memang lincah dan aktif orangnya, dapat tahu beliau mempunyai ketumbuhan di ovarinya. Saya juga berkongsi pengalaman saya sendiri, dimana saya mempunyai cyst(ketumbuhan di ovari) pada tahun 2003. Penyakit ni tak mengenal manusia pun. Saya kuatkan semangat. Saya mencari banyak bahan bacaan mengenainya. Alhamdulillah saya dah melalui pembedahan pada tahun yang sama. Begitu juga dengan teman saya. Namun penyakit ini mempunyai kebarangkalian untuk tumbuh kembali.Sejak dari itu saya amat mementingkan pengambilan anti-oxidant supplement iaitu ACE ( Vitamin A + Vitamin C + Vitamin E). Vitamin A kita ambil dalam bentuk beta carotene. Manakala teman saya ini sudah 3 kali menjalani pembedahan membuang cistnya itu. Sudah puas saya pujuk untuk mengambil vitamin... apa alasannya? Saya rasa vitamin itu terlalu mahal.Bagaimana pula dengan kos operation ek? Oh mungkin company bayar. Tapi siapa yang paling sengsara menjalani operation? Bukankah tubuh kita? Luka dalam adalah luka yang paling sukar nak sembuh... kalau tak cukup supplement, Allah sahaja yang tahu

Any order boleh call/sms/whatsapp Awa @ 017-6622589.