Rawatan menggunakan vitamin suatu ketika dahulu amat popular di kalangan wanita. Menurut Dr.Nurhalina sebenarnya Vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan. Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana Vitamin A, C dan E baik untuk kulit
Rawatan Vitamin yang paling popular adalah Vitamin C. Sama seperti kologen, jika seseorang individu sama ada lelaki atau wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imun badan.
Vitamin C dan E biasanya diambil secara oral. Vitamin A pula banyak terdapat di dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan meransang penghasilan kolegen dalam kulit. Namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan mengambil produk perawatan kulit yang mengandungi Vitamin A.
Walau bagaimana pun Vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral tetapi boleh juga diambil secara suntikan namun tidak mendapat kelulusan daripada pihak KKM. Perlu diingat bahawa rawatan menggunakan Vitamin C yang diambil secara suntikan perlu diambil secara berterusan bagi mendapat hasil yang berpanjangan kerana Vitamin C yang meresap ke dalam kulit lama kelamaan akan terurai dalam lapisan kulit.
Vitamin B pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil secara oral atau suntikan. Pendek kata ke semua rawatan menggunakan Vitamin mempunyai kebaikan dan kelebihan tertentu.
Oleh itu pilihlah Vitamin yang benar-benar sesuai dengan anda. Shaklee menawarkan Vitamin semula jadi yang mampu membantu anda menjalani kehidupan lebih sihat dan meyakinkan.
Anda berminat dengan Shaklee? SMS/Whatsapp/Call Awa 017-6622589
No comments:
Post a Comment