Thursday, 12 December 2013

AWAS Ambil PIL DIET!!

Pebagai cara digunakan untuk tampil sempurna, terutama dalam melangsingkan tubuh badan. Bagi mereka yang ingin mempunyai tubuh badan yang langsing dengan cepat adakalanya mereka tidak berfikir adakah sesuatu itu sesuai atau tidak dan apakah kesannya seperti pengambilan pil diet.

Kadang kala pil diet memberi kesan terhadap organ dalaman yang lain dan mungkin lebih parah dalam jangkamasa yang lama. Mudah kurus mudah pula datang penyakit. Wah! cara inikah yang patut dipilih? atau ada cara lain yang lebih mudah kurus? Mari kenali pil diet supaya anda tahu kesan dan akibatnya.

Phentermine
Contoh cara kurus menggunakan pil diet ialah sejenis pil diet yang dikenali sebagai Phentermine. Phentermine adalah sejenis pil diet yang telah diterima dan diluluskan oleh FDA sekitar tahun 1959 sebai satu kaedah menyekat selera makan. Pil diet ini juga bertindak terus pada otak untuk menyekat selera makan seseorang. Cara diet ini adalah diluluskan kepada pesakit yang mengalami obesiti di tahap yang teruk dan boleh membahayakan pesakit namun ia perlu diselaraskan bersama program diet dan senaman yang berkesan. Namun begitu pil diet ini turut mempunyai kesan sampingan seperti ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insommia dan debaran jantung.

Orlistat
Pil diet ini pula dinamakan Orlistat. Satu lagi cara kurus menggunakan pil diet. Pil diet ini bertindak menyekat lemak dari diserap oleh badan. Pil diet ini mampu menyekat sehingga 30% lemak daripada diserap. Caranya dengan mengambil pil diet ini setiap kali sebelum makan 3 kali sehari. Lemak-lemak akan disekat dan dihantar terus ke d d. Pil diet ini bukanlah begitu berkesan kerana didapati ia hanya dapat mengurangkan kira-kira 5% berat badan namun kesan buruknya menyebabkan mereka yang menggunakan cara diet ini akan kembali gemuk apabila menghentikan penggunaannya.

Bontril/Phendimentrazine
Satu lagi pil diet yang sering digunakan ialah Bontril atau Phendimetrazine. Cara kurus ini juga seperti pil-pil diet yang lain. Cara kurus menggunakan pil diet ini ialah mengurangkan selera makan. Namun pil diet ini adalah diharamkan kerana kesan ketagihannya. Penggunaan pil diet ini dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kerosakkan sistem saraf, ketakutan, insommia, letih dan tekanan. Adakah cara kurus yang ini menjadi pilihan anda?

Hoodia
Pil diet ini pula bukanlah sejenis dadah. Pil diet ini digunakan untuk menangani sakit perut malah jangkitan. Ada juga mendakwa ia mampu menyekat selera makan. Terdapat ramuan aktif yang dikenali sebagai P57 yang ditemui didalam Hoodia ini mampu memberikan kesan kepada selera makan. Ekstrak hoodia kini boleh didapati secara semula jadi untuk menahan lapar dan mengawal selera makan. Namun begitu ada kajian dilakukan keatas tikus mendapati pengambilan pil diet dan ekstrak hoodia ini menyebabkan kerosakan hati.

Liposuction
Cara ini paling mudah kini untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat. Lemak akan diserap dari badan bersama kapilari-kapilari darah akan disedut keluar. Jika semuanya berjalan lancar anda akan kurus dalam masa 6 minggu. Namun adakalanya cara kurus ini menyebabkan berlaku kekebasan, kulit berlekuk atau tidak sekata dan berparut. Cara kurus ini bukanlah begitu mudah seperti yang difikirkan. Cara kurus ini sebenarnya lebih kepada kaedah membentuk badan, jika kamu terlalu gemuk tidak boleh hanya bergantung kepada satu kaedah ini sahaja. Menyedut keluar sebilangan besar lemak boleh memberikan trauma kepada tubuh. Tambahan pula hasil kaedah ini tidak kekal. Jika kamu kembali kepada kaedah makan yang asal lemak akan kembali berkumpul.

Pintasan Gastrik
Mengecilkan perut, mengurangkan pengambilan makanan dan mengurangkan berat badan. Cara kurus ini dilakukan oleh doktor mengetip bahagian perut kamu menjadikan perut kamu lebih kecil. Cara ini mengurangkan kalori secara drastik dan menghilangkan berat badan dengan berkesan. Namun begitu cara kurus ini mungkin membawa kepada kesan-kesan lain yang mungkin berlaku seperti kekurangan gizi kerana jumlah sarapan yang kurang, dan boleh menjadi punca jangkitan jika perut terbocor. Walaupun cara ini berisiko namun cara kurus ini amat berkesan dan diamalkan oleh berberapa selebriti ternama. 

Diet Ekstrem
Cara kurus paling lazim digunakan, iaitu menolak segala karbohidrat dan memakan hanya sayur-sayuran. Satu hidangan sehari dan tiada gula atau garam didalam masakan. Semua itu mampu menyekat kalori dan menurunkan berat badan. Ia mungkin amat perit untuk dilakukan. Disebalik impak positif ada juga negatif apabila mnggunakan cara kurus ini. Jika terlalu kurang kalori didalam badan, ia boleh menyebabkan keletihan dan tidak berdaya dan selain itu juga kekurangan gizi boleh berlaku kerana kekurangan sesetengah sumber zat vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Diet yang keterlaluan ini selalunya tidak akan bertahan dalam masa yang panjang dan berat badan akan bertambah semula apabila berhenti berdiet.

SHAKLEE...PILIHAN SELAMAT, HALAL DAN BERKESAN

Vitamin Shaklee adalah vitamin semula jadi dan ianya bukan lah vitamin sintetik seperti kebanyakkan vitamin di pasaran. Menawarkan 3 konsep utama didalam proses penurunan berat badan iaitu

1) Bakar

Lechitin/Omega
Bertindak sebagai agen pemecah atau pembakar lemak dan kolesterol. Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.



2)Buang

Alfafa/Herb Lax
Membuang toksin di dalam badan. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.

3) Bina

ESP/Cinch
Bina otot dan untuk mengelakkan dari kulit menggeleber. Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu.


BERMINAT UNTUK DAPATKAN SET SHAKLEE. CALL/SMS/WHATSAPP AWA 017 6622589

No comments:

Post a Comment