Monday, 17 February 2014

RAWATAN TERBAIK ATASI 4 CELA KULIT

Kita sering dihantui dengan pelbagai masalah kulit yang adakalanya kita sendiri tidak pasti apakah ia. Ketahui jenis-jenis cela ini dan bagaimana Vitamin Shaklee dapat membantu

KULIT TEMPEL

Tempel kulit ialah ketumbuhan kecil pada kulit yang mungkin mempunyai pedunkel (tangkai) – Nampak seperti tempelan kulit kecil yang tergantung

Tanda Dan Gejala

Ia boleh muncul pada mana-manabahagian permukaan badan (kulit)(, tetapi kebanyakkannya di bahagian dimana kulit bergesel dengan kulit seperti:
  • Kelopak mata
  • Ketiak
  • Bawah payudara
  • Bahagian kelangkang
  • Bahagian atas dada
  • Leher (Paling biasa) 

Tempel kulit atau ketumbuhan bukan benigna ini tidak menyebabkan sebarang gejala, melainkan berulang kali ditenyeh atau digaru. Ia boleh berlaku apabila memakai baju, barang kemas, atau mencukur. Tempel kulit yang sangat besar boleh pecah akibat tekanan. Tempel kulit terbentuk daripada sel saraf, sel lemak, dan penutup epidermis

Punca

Tempel kulit adalah ketumbuhan yang sangat biasa dan umumnya dialami selepas usia pertengahan. Ia dipercayai berpunca daripada kulit bergesel dengan kulit. Oleh kerana itu ia umumnya terdapat pada lipatan kulit.
Tempel kulit lebih biasa dialami oleh
  • Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk, mungkin kerana mereka mempunyai lebih banyak lipatan kulit.
  • Wanita mengandung – besar kemungkinan disebabkan pengeluaran hormone
  • Pesakit diabetis
  • Mereka yang mendapat serangan virus papilloma manusia
  • Mereka yang mempunyai anggota keluarga terdekat yang mempunyai temple kulit lebih berkemungkinan akan mendapatnya.


SIRINGOMA

Siringoma adalah benjolan benigna tidak berbahaya berpunca daripada kelenjar peluh atau ekrin yang terlebih aktif. Biasanya terdapat dibahagian atas pipi dan bawah mata, lebih kerap dialami oleh remaja dan wanita. Siringoma boleh diwarisi dan mereka yang menghidap diabetis (kencing manis)

Tanda Dan Gejala

  • Siringoma adalah benjolan kecil warna kulit (papul dermis) yang terbentuk pada bahagian atas pipi dan bawah mata
  • Papul (bintat kecil) boleh berbentuk bulat atau rata, dan berupa sista atau jernih
  • Mungkin terdapat bonjol-bonjol kecil setempat atau di beberapa bahagian muka pada satu masa
  • Wanita lebih cenderung mendapat siringoma daripada lelaki

Punca

Siringoma bermula daripada sekumpulan sista minyak yang perlahan-lahan bercantum menjadi satu. Puncanya termasuk gfen keluarga, makanan berkalori tinggi (goring/BBQ), diabetis dan minyak berlebihan pada epidermis (produk penjagaan kulit terlalu berkrim/sabun berlebihan/ kelenjar peluh terlebih aktif)

Punca sirigoma yang lain termasuk
  • Kelenjar peluh atau ekrin terlebih aktif
  • Hormon tidak seimbang
  • Keadaan perubatan seperti diabetis yang meningkatkan risiko pertumbuhan sirigoma


SISTA MINYAK

Sista adalah bonjol kecil yang terbentuk betul-betul dibawah kulit. Tidak seperti jerawat yang berpunca daripada minyak terkumpul dalam pori-pori, sista mengandungi protein dikenali sebagai keratin yang menyumbat pori-pori. Sista boleh terbentuk dalam pelbagai saiz, daripada bonjol halus sehingga bonjol besar.

Tanda Dan Gejala

Sista yang terbentuk pada muka tidak boleh ditutup dengan mekap atau krim. Sista boleh dialami oleh orang dewasa dan kanak-kanak, dan biasanya disebabkan oleh jangkitan pada folikel rambut dan pengeluaran sebum berlebihan. Sista umumnya tidak membawa mudarat tetapi ini tidak bermakna anda patut membiarkannya. Jika tidak dirawat, sista minyak boleh menyakitkan atau menyebabkan kemerahan kulit.
Sista minyak selalunya membesar menjadi bisul, kadang-kadang satu atau dua bintil yang biasanya terdapat dibahagian bawah mata, bahagian atas pipi dan ketiak, dada dan perut. Bonjol kecil warna kulit atau kekuningan ini ada kalanya Nampak seperti lut cahaya (seperti sista kelahiran) dengan garis pusat kurang dari 3mm

Punca
  • Kelenjar sebum terlebih aktif sehingga mengakibatkan pori-pori tersumbat
  • Jerawat boleh menjadi sista jika tidak dirawat dengan betul
  • Perubahan hormone tidak seimbang
  • Akil baligh
  • Bahan pencemar dan bahan kimia
  • Diet tidak sihat


KUTIL

Apabila kutil atau ketuat kulit muncul, ketumbuhan tidak berbahay ini seolah-oleh muncul entah dari mana. Tetapi kutil biasa sebenarnya adalah jangkitan dalam lapisan atas kulit, disebabkan oleh virus papilloma manusia. Apabila virus menyerang lapisan luar kulit, biasanya menerusi goresankecil, ia menyebabkan pertumbuhan sel dengan pantas pada lapisan luar kulit  yang membentuk kutil
Virus papilloma manusia boleh merrebak dan berjangkit menerusi perkongsian tuala atau pakaian, lebih-lebih lagi di tempat awam seperti rumah kelab dan pusat kecergasan.

Tanda Dan Gejala

Pakar sains telah mengenal pasti lebih daripada 100 jenis virus unik. Kebanyakkan orang pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya satu kutil biasa dalam hidup mereka, biasanya pada tangan.
Cara paling biasa dijangkitan virus ini adalah melalui sentuhan kulit dengan kulit. Anda juga boleh dijangkiti virus daripada benda seperti tuala yang telah digunakan oleh orang yang mempunyai kutil

Punca

Kutil umumnya adalah sejenis cela kulit yang tidak mendatangkan mudarat. Permukaan benjolannya rata dan berpunca daripada virus biasa yang dinamakan virus Papiloma Manusia (HPV). Jumlah ketumbuhan adalah dari 20 hingga 100. Jika tidak dibuangsebaik sahaja tumbuh, kutil akan merebak.
Kutil merebak melalui sentuhan fizikal dan perkongsian barang seperti tuala dan sebagainya. Ia boleh berjangkit dari seorang manusia kepada manusia lain. Sesetengah kutil membawa risiko tinggi kerana ia invasive. Anda hendaklah segara berjumpa doctor untuk membuangnya jika ia bernanah atau berdarah, dengan kesakitan atau kegatan tersembunyi, lebih besar dari saiz biasa (garis pusat lebih daripada 1sm), warna dan saiz berubah, dan tiba-tiba menjadi radang

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE DAPAT MEMBANTU

SR VITA C

Vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietary dengan system penyaluran yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam. Sebagai satu antioksidan yang kuat, Vitamin C merupakan nutrient yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gig,tulang, otot dan pembuluh darah.

Kebaikkan SR Vita C

  • Melambatkan proses penuaan
  • Pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik
  • Membantu menghilangkan parut dan jerawat
  • Membantu wajah tampak lebih berseri dan tidak kusam


VITAMIN E

Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat disamping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.

Kebaikkan Vitamin E

  • Melambatkan proses penuan
  • Memperbaiki peredaran darah
  • Melegakan PMS
  • Mengurangkan kesan parut
  • Meningkatkan kesuburan.Menambah pengeluaran air mani lelaki
  • Menggalakkan kulit, dan rambut menjadi sihat, cantik dan lebat
  • Membantu merawat masalah kedinginan suami isteri


B—COMPLEX

Vitamin B penting untuk fungsi keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolism.

Kebaikkan B-Complex
  • Detoksifikasi
  • Menghilangkan stress
  • Membantu tumbesaran
  • Mengekalkan kesihatan rambut dan mata
  • Mencegah anemia
  • meredakan senggugut
  • Menguatkan antibosi tubuh


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasakan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Kebaikkan ESP
  • Mencerah, Melicin dan menggebukan kulit
  • Menghilangkan parut
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong system imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan mennggalakkan kesihatan jantung dan prostat


Pengambilan VITAMIN SHAKLEE secara konsisten bukan sahaja menjadikan kulit lebih cantik, cerah berseri-seri, ia juga memberi kesihatan yang menyeluruh kepada badan anda.


BERMINAT NAK MENCUBA VITAMIN SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 0176622589

No comments:

Post a Comment