Wednesday, 8 May 2013

LECITHIN : Kandungannya, Kepentingannya dan Kegunaanya



Kepentingan Lecithin :

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

-Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian 

-Kolin – satu komponen neurotransmitter

-Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.

-Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA

-Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)

-Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.

-Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

-Membantu kawal paras triglycerides.

-Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak 
yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.

-Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

-Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.

-Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.

-Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA

-Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.

-Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
-
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat pentg untuk proses penghadaman

UNTUK SEL

-Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.

-Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

-Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Hubungi saya:
call/sms/whatsapp: 017-6622589

Sunday, 5 May 2013

Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
soy protein


Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga
.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Hubungi saya
HP: 017-6622589
page: https://www.facebook.com/beutyNhealth 
untuk membuat pesanan dan dapatkan harga istimewa!


credit to: http://vitaminsemulajadi.com

Saturday, 4 May 2013

7 Rahsia Susu Ibu Meriah



Susu ibu adalah susu yang paling berkhasiat untuk bayi dan mengandungi segala zat yang penting untuk pertumbuhan badan dan otak bayi. Jika susu ibu dirasakan berkurangan, pastinya si ibu merasa risau. Di sini ada 7 rahsia untuk mendapat susu ibu dengan banyak.

1) Fahami konsep 'demand & supply'

2). Disiplin - pam setiap2,3 jam sekali, direct feed

3). Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari

4) Jaga pemakanan

5). Power pumping.

6) Jangan stress dan fikir positif, doa.

7) Suplement adalah sebagai medium membantu untuk mempercepatkan lg penghasilan susu


Hubungi saya @ 017-6622589
untuk maklumat lanjut dan konsultasi PERCUMA dan HARGA YANG MENARIK

Wednesday, 1 May 2013

B COMPLEX - Vitamin Yang Penting Untuk Kesihatan Yang Baik

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
  
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.
 
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
 
  •  Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • . Mengelakkan penyakit beri-beri.
  •   Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  •   Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  •   Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  •   Mencegah stress.
  •   Menguatkan antibodi tubuh.
  •  Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  •   Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  •  Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  •   Mencegah anemia.
 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
  • Merangsang pertumbuhan.
  •   Meningkatkan kemampuan berfikir.
  •  Memberikan tambahan tenaga
 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
  •  Menambah tenaga.
  •   Mengurangkan stress.
  •   Melambatkan proses uban di rambut.
  •   Membantu meningkatkan konsentrasi.
 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
  •  Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  •   Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


KEISTIMEWAAN B COMPLEX SHAKLEE

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*


•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Monday, 29 April 2013

Kuat Dengkur Isyarat Bahaya



TIDAK dinafikan, berdengkur memang mengganggu tidur dan ketenangan orang lain tetapi kadang kala ia melucukan terutama apabila ia berirama serta bersahut-sahutan antara lebih seorang kaki dengkur. Situasi itu boleh kita lihat jikalau dalam perjalanan jauh menaiki bas, kereta api mahupun kapal terbang.
Walaupun ia dianggap perkara lumrah terutama di kalangan lelaki, masalah itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes. 
Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Akibatnya, individu terbabit keletihan sehingga sanggup mengorbankan waktu makan tengah hari semata-mata untuk membayar ‘hutang tidur’. 

Perunding Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Peru- batan Taman Desa, Dr Khairuzzana Baharudin, berkata berdengkur adalah satu gejala dan jika semakin teruk boleh membawa masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat.

Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).

Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung. 


FAKTOR PENYEBAB 


  • Alahan 
  • Tulang hidung yang bengkok 
  • Masalah tisu berlebihan di anak tekak 
  • Obes 
  • Alkohol 
  • Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur 
  • Kedudukan tidur yang terlentang 
  • Tonsil yang bengkak 

  • Menurut Dr Khairuzzana, mereka yang berdengkur mengalami kering tekak apabila bangun tidur disebabkan bernafas daripada mulut. Mereka juga mudah tertidur pada waktu siang dan dada mudah berdebar-debar dan cepat marah kerana letih. 

    Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat. 

    Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah seseorang mudah penat padah tiada tidur yang berkualiti. Ada juga yang mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi dengkuran pasangannya. 

    Bagaimana VITAMIN SHAKLEE boleh membantu..


    Vitamin yang baik untuk minima  masalah dengkur ialah VITAMIN E. Ia bukan sahaja  baik untuk kulit malah untuk jantung juga. kajian menunjukkan mereka yang bedengkur pada waktu malam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung. 



    Omega Guard juga baik untuk minima masalah dengkur. Omega Guard mengandungi EPA dan DHA.
    EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .


    Hubungi saya @ 017-6622589 untuk info lanjut

    credit to: mymetro

    Wednesday, 24 April 2013

    10 Fakta Bersalin



    1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

    2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

    3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

    4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

    5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

    6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

    7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

    8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

    9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

    10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


    (gambar: credit to google)

    Tuesday, 23 April 2013

    Pentingnya Prenatal Vitamin Kepada Ibu Mengandung



    Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :

    - Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
    - Mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
    - Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
    - Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

    Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin kemudian makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya. :)

    Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
    Iron - Untuk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

    Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

    Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

    Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

    Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :



    Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

    B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

    Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

    Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

    Boleh juga add on :
    1. Vitamin C 
    2. ESP
    Tak Digalakkan :

    Alfalfa - Alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.

    Vitamin A - Vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari.

    Vitamin E - Sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.



    Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan?

    credit to vitaminsemulajadi.com, drzubaidi.com