Saturday, 16 November 2013

Sustaine Release VITAMIN C (SR Vit C)

Assalamualaikum...

Huh dah berhabuk dah blog ni. Disebabkan berberapa masalah tak dapat cek nak update blog. huhuhuu...Hari ni kembali dengan semangat dan azam yang baru..cewah..hheheheh...ok la hari ni nak cerita pasal kebaikan VITAMIN C.

Vitamin C memang terkenal dengan kebaikannya. Jom kita zoom apa kebaikan VITAMIN C Shaklee ataupon lebih dikenali dengan Sustaine Release Vitamin C (SR Vitamin C)

Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C. Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. 

Khasiat Utama

~ Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

~ Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

~ Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

~ Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

~ Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

~ Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Perbezaan Vita C Shaklee dengan Vita C lain

~ Merupakan Vita C pertama yang natural dan bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam.

~ Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

~ Satu tablet mengandungi 500mg Vita C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.

~ Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vita C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vita C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita c, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )

~ Terdapat juga dalam bentuk yang boleh dikunyah Chewable Vita C.

 Siapa yang memerlukan Vita C?????????????
  • Perokok

  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
 
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.

  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.

  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan  dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.  


Ha lepas ni tak perlulah pi cucuk vitamin C lagi. ambil 1 tablet sehari dah cukup. Dengan SHAKLEE tiada istilah "Beauty is Pain" okay!

Jadi tunggu apa lagi. Jom kita dapatkan VITAMIN C sekarang. Sebarang order atau pertanyaan boleh hubungi saya PN.Awa 017 6622589.

Saturday, 7 September 2013

GARLIC COMPLEX


A
llicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
·         Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
·         Menormalkan keseimbangan lipoprotein
·         Menurunkan tekanan darah
·         Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
·         Berfungsi sebagai anti-oksidan
·         Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
·         Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
·         Bantu rawat asthma


Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
ü  Pengekalan 100% Allicin aktif

ü  Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic

ü  Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaituRosemary dan Spearmint.

ü  Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

ü  Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Khasiat Garlic Complex
·         Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana 
mengandungi ekstrak spearmint.

·         Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, 
kulat, kuman, virus dan yis candida

·         Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit 
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

·         Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung 
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

·         Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic 
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara 
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

·         Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam 
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung 
dalam tubuh tanpa kita sedari.

·         Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, 
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.

·         Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan 
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana 
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

·         Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

·         Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan 
·         brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

·         Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan 
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

·         Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
-       Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
-       Perut memulas (stomach upset)
-       Cirit-birit (Diarrhea)
-       Bronkitis
-       Luka-luka (infected wounds)
-       Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Cadangan pengambilan :

Kesihatan biasa : 2 tablet sehari selepas makan.

Untuk radang dan alergi : 2 tablet setiap kali, 2 kali sehari.

Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia : 2 tablet setiap kali, 2-3 kali sehari

UNTUK TEMPAHAN CALL/SMS/WHATSAPP AWA @ 017-6622589. FREE CONSULTATION!!


Tuesday, 3 September 2013

GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil



1) GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil
Apapun kena bear in mind, kita hanya merancang dan berusaha, namun ALLAH swt yang menentukan hasilnya. Alhamdulillah. Setakat harini, memang banyak testimoni customers kami yang berjaya hamil dengan GLA Complex ini. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada customers kami yang berada dalam groups ekslusif kami di Facebook, anda sendiri tahu tentang testimoni-testimoni ini, kan?

Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?

Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu.
Terbaik, amalkan GLA Complex bersama B Complex, ESP dan Zinc untuk suami.

2) GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
Antara perkara paling tak best semasa PMS ialah senggugut, betul tak? Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex inshaALLAH akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.
Saya syorkan ambil GLA Complex bersama Ostematrix dan B Complex.

3) GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah
Istimewanya GLA Complex daripada Shaklee kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri.
Untuk kesan optimum, amalkan bersama ESP sekurang-kurangnya.

4) GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung
GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL); mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.
Terbaik untuk jantung, amalkan bersama Omega Guard. Gabungan Omega-6 dan Omega-3 (yang boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee) menambahbaik dengan menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.

5) GLA Complex Untuk Awet Muda
Tahukah anda mengapa ramai kaum wanita sangat sukakan suplemen EPO(Evening Primrose Oil)? Jawapan typical ialah ‘nak awet muda’. Memang betul. Hakikatnya, GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ ini ternyata memberi kesan lebih hebat inshaALLAH. Dengan kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari .. semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system dsb .. membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.
The best, amalkan GLA Complex bersama tonik ajaib Shaklee iaitu Vivix.

Tuesday, 27 August 2013

Jerawat Hilang, Kulit Kusam Kembali Berseri Dengan Vitamin E Shaklee


Wah bestnya tengok pengalaman sis ni yang sudi berkongsi pada semua. Jom kita tengok dulu apa katanya:


"This one gambar before makan VIT E.. Muka beminyak.. Bejeragat.. Bekas jerawat jgn ckp lah... Huhu... So lucky to have SHAKLEE.. Serious sgt berkesan :-) .. I am happy with my new look"


"After 1 month and 2 weeks menggunakan VIT E.. Ini lah hasilnya... Kulit rasa lebih flawless.. Sekarang ni dh stat guna vit e & vit c.. Alhamdulillah.. Hasil yg lebih positive.. Bekas jerawat dah makin hilang.. Thank you my dearie sis Nur Najmah Salleh for introducing me such an awesome product.. Dia yg perasan muka saya kusam dan tak berseri dan suggest ambil vit e... Tq tq :-) ... Love Shaklee and my sis "





Pada mulanya beliau hanya mengambil Vitamin E Shaklee sahaja tetapi kemudiannya menambah Vitamin C untuk melengkapkan lagi. Best kan dapat wajah yang diimpikan. Jom kita baca apa kelebihan Vitamin  E ini.



Antara kelebihan Vitamin E ialah : dipetik dari blog Kak Cery
1.Dengan membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.

2.ANTI-PENUAAN - Kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen, memberi anda lebih ketahanan.

3. Baik untuk JANTUNG
 - Mengembangkan pembuluh darah dan mencegah pengerasan arteri, keadaan begini biasanya dikaitkan dengan umur tua dan kerosakan jantung. Menghalang pembentukan darah beku.
4. Vitamin E meningkatkan kelelakian dan kesuburan

*Vitamin E diperlukan dalam pembentukan nukleus, dinding sel, RNA dan DNA pada setiap sel di dalam tubuh. Ia bertindak dengan Vitamin C untuk kesihatan sel-sel tubuh.

Di sini saya juga nak kongsi beberapa scenario yang saya baca dari blog Norita (ni saya letak original post dari beliau based on her experience)..Jom baca... Thanks Ann


Senario 1
Saya mempunyai seorang teman yang berusia 33 tahun. Dia merupakan seorang ibu dan wanita yang bekerjaya. Saya pernah berkongsi dengan beliau tentang keperluan supplement... apa kata beliau? Tak mengapalah, saya rasa saya cukup sihat dan saya jarang sakit. Kalau sakit pun setahun sekali. Alhamdulillah. Bagusnya mempunyai kesihatan seperti itu. Tetapi itu pada asasnya. Pandangan peribadi saya, walaupun beliau baru berumur 33 tahun tapi sudah kelihatan garis-garis kedut dan tompokan hitam diwajah beliau. Beliaukelihatan lebih tua dari usianya. Mengapa? Sebenarnya untuk kelihatan lebih muda, sel kulit memerlukan vitamin E. Sebab itu terdapat syarikat yang mengeluarkan produk pencuci muka yang claim bahawa produknya mengandungi ekstrak vitamin E la vitamin C dan macam-macam lagi. Sesungguhnya kecantikan itu bermula dari dalam. Apa yang saya maksudkan ialah balik pada penciptaan manusia itu sendiri. Kita wujud dari sel. Sel bergabung menjadi tisu. Dari tisu terbentuk organ. Dengan organ kita mempunyai sistem!

Senario 2
Sahabat suami saya seorang yang kurus. Memang nampak normal dari segala aspek. Baru-baru ini beliau dikehendaki untuk membuat medical check-up atas urusan kerja. Alangkah terperanjatnya beliau apabila result medical menunjukkan beliau mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Kemungkinan untuk mendapat sakit jantung sangat tinggi. Bagaimana? Sekiranya beliau tahu vitamin E amat bagus untuk memecahkan lemak(kolesterol) saya yakin beliau akan terus consume. Tetapi malangnya beliau adalah dari golongan yang taksub dengan doktor. Katanya doktor telah memberikannya ubat untuk mengawal kolesterolnya itu. Pada saya.... terpulang pada individu. 

Senario 3
Seorang teman saya yang memang lincah dan aktif orangnya, dapat tahu beliau mempunyai ketumbuhan di ovarinya. Saya juga berkongsi pengalaman saya sendiri, dimana saya mempunyai cyst(ketumbuhan di ovari) pada tahun 2003. Penyakit ni tak mengenal manusia pun. Saya kuatkan semangat. Saya mencari banyak bahan bacaan mengenainya. Alhamdulillah saya dah melalui pembedahan pada tahun yang sama. Begitu juga dengan teman saya. Namun penyakit ini mempunyai kebarangkalian untuk tumbuh kembali.Sejak dari itu saya amat mementingkan pengambilan anti-oxidant supplement iaitu ACE ( Vitamin A + Vitamin C + Vitamin E). Vitamin A kita ambil dalam bentuk beta carotene. Manakala teman saya ini sudah 3 kali menjalani pembedahan membuang cistnya itu. Sudah puas saya pujuk untuk mengambil vitamin... apa alasannya? Saya rasa vitamin itu terlalu mahal.Bagaimana pula dengan kos operation ek? Oh mungkin company bayar. Tapi siapa yang paling sengsara menjalani operation? Bukankah tubuh kita? Luka dalam adalah luka yang paling sukar nak sembuh... kalau tak cukup supplement, Allah sahaja yang tahu

Any order boleh call/sms/whatsapp Awa @ 017-6622589.

Sunday, 18 August 2013

Performance Drink Shaklee


Performance Drink dihasilkan pertama kali pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan university Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus dan telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang paling jauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, meningkatkan tenaga dan memelihara sikurlasi dendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Antara kebaikan Performance Drink Shaklee ialah:

1.       Meningkatkan daya ketahanan badan dimana ia memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.

2.       Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal dengan segera dan meningkatkan daya tahan otot
.
3.       Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.

4.       Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.

5.       Memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

6.       Rasa oren yang sedap berbanding minuman elektrolit yang bergas lain. Ia tanpa pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Ia adalah semulajadi.

Siapakah yang sesuai mengambil Performance Drink?

1.       Orang yang berpuasa – Ia mengekalkan kandungan air dalam tubuh dan menghindari dihidrasi. (diambil semasa bersahur dan berbuka)

2.       Ibu yang menyusukan anak

3.       Para atlet yang sentiasa bersukan

4.       Sering keletihan dan memerlukan tenaga tambahan dengan cepat

5.       Cirit birit dan muntah-muntah

6.       Ketika rasa nak demam atau sedang demam

7.       Sebelum dan selepas pembedahan

8.       Mereka yang sakit kepala

9.       Pesakit gaout

Cara pengambilan:

Sarapan: Campurkan satu sudu besar Performance Drink, Meal Shake dan Energizing Soy Protien (ESP)

Latihan Fizikal: Campurkan 2 sudu besar Performance Drink dalam 500 ml air dan minum satu jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 min semasa latihan fizikal. Minum satu jam kemudian setelah latihan fizikal untuk penyahidratan dan mengembalikan tenaga.


credit to: http://sweetmom83.blogspot.com

Sunday, 4 August 2013

SET SLIMMING SHAKLEE

Set Slimming yang terdiri dari set mekanisma 3B (buang, bakar, bina).

Apa yang dibuang, dibakar dan dibina tu?

Sebelum tu, suka saya nak ingatkan, untuk turunkan berat badan, bukan hasil satu malam. Dan barangsiapa yang mahu menguruskan badan harus faham konsep kalori..  Kalori yang diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan. Kalori yang tak digunakan itu yang menjadikan badan kita bertambah gemuk!

BUANG

Buang di sini dalam ertikata detox. Detox di sini adalah dengan mengeluarkan toksin dan kotoran dalam usus kita, membersihkan sekaligus memudahkan untuk penyerapan nutrient.
Untuk detox ini antara produk pilihan adalah:

Herb-Lax
Herb-Lax adalah detox usus, mengadungi daun senna yang digunakan oleh Rasulullah sebagaimana dinyatakan dalam Tibb An-Nabawi:
Rasulullah s.a.w bersabda “Apa yang kamu gunakan untuk melancarkan pergerakan usus besar dan menggalakkan pengaliran daripada perut?” Aishah r.a. menjawab, “Euphorbia”. Baginda bersabda lagi, “Padanya terdapat penyakit dan ia sepanas api, sebaiknya gunakan senna”. 


Alfalfa Complex
Daun Alfalfa merupakan makanan tinggi nutrisi dan sumber fiber yang baik untuk detox tubuh. Ia digunakan oleh pasukan tentera Tariq bin Ziyad sewaktu mendapat di Sepanyol pada tahun 711.


BAKAR

Selain dari aktiviti metabolisma (purata kita bakar 1200 kalori sehari dengan hanya duduk diam-diam!) Shaklee juga menyediakan produk untuk membantu dalam pembakaran lemak-lemak badan.

Omega Guard


Omega Guard terdiri dari asid lemak perlu Omega-3 yang bertindak dengan hormon termasuk hormon leptin yang berkaitan dengan rasa lapar. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 membantu menjadikan tubuh kita ‘mesin pembakar lemak’.

Lecithin

Lecithin adalah sejenis pengemulsi lemak yang tidak dihasilkan oleh tubuh. Ia juga berguna untuk ibu menyusu bagi mengelakkan bengkak susu.


BINA

Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik, dan mengelakkan – mudah turun mudah naik.
Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.

Cinch Shake Mix

Cinch Shake Mix merupakan produk hebat untuk inchloss dan weight loss kerana ia mengandungi protein leucine yang penting dalam pembinaan otot.

ESP (Soy Protein)

Pilihan alternatif untuk Cinch Shake Mix, adalah ESP yang membekalkan protein soya yang istimewa.


Pilihlah produk anda. Turunkan berat badan dengan cara yang betul, agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus!
Hubungi saya untuk set slimming dan set diet yang sesuai dengan anda.


Credit to: 
http://vitaminsemulajadi.com

Thursday, 1 August 2013

SET MENYUSU SHAKLEE. MAHALKAH?

" Akak saya ni menyusu badan tapi lately ni susu merudum la. nak try set menyusu shaklee tapi mahal ler"

Berdasarkan situasi, ramai orang beranggapan sSET MENYUSU SHAKLEE mahal. Ok kat sini tidak dinafikan memang mahal 1 set tu. Lebih kurang RM400++. Tapi kita campur tolak bahagi tak harga yang kita bayar tu berbaloi atau tak?

Maksud berbaloi kat sini, tahan dia berapa lama, kandungan dia apa, keberkesanan dia camna. Kalau semua tu diambil kira, saya rasa ianya tidak lah mahal malah berbaloi-baloi. Sebabnya dalam pantang kita boleh consume sehingga lepas pantang pon masih lagi boleh consume sebab dia TAHAN LAMA.

Selain daripada full set yang berharga RM400++, Tahukah anda ada juga SET MENYUSU BUDGET. Iskh boleh plak yer budget. Eh boleh siapa cakap tak boleh. Set budget ni set asas la untuk ibu menyusu. Set budget ni ada ALFAFA dan ESP. Meh nak cerita sikit pasal ALFAFA dan ESP

ALFAFA - Amat berkesan untuk peningkatan susu ibu. Ibu-ibu dia benua AFRIKA sudah lama menggunakan alfafa ni untuk meningkatan penghasilan susu ibu.

Dan yang bestnya pasal ALFAFA ni, selain membantu meningkatkan penghasilan susu ibu, ianya juga bertindak untuk merawat kesihatan dalaman wanita. Kiranya bertindak macam kacip fatimah. Memberi tenaga dan merapatkan..best kan

ESP - Energized Soy Protein. Amat berkualiti tinggi sebagai sumber protein yang lengkap dengan 9 asid amino penting. Apa fungsi dia? Untuk ibu menyusu, ianya membantu memekat susu so baby akan kenyang lebih lama.

The best part pasal ESP ni, ianya juga menjadikan kulit halus, mulus, menganjalkan punggung dan payudara.

Ha bestkan SET MENYUSU BUDGET SHAKLEE ni. Walaupun budget, tetap memberi kesan yang sangat awesome kepada pengamalnya.

Nak tengok testimoni? Ni ha testimoni
kalau berminat nak dapatkan produk yang awesome ni, leh contact saya cam kat bawah ni