Tuesday 26 November 2013

Hikmah Bencana

Hati pilu tidak tertahan kala diri dan insan tersayang ditimpa musibah. Hati juga tertanya-tanya apa dosa diri sehingga diuji sehebat ini?

Wahai insan..usah ditanya apa dosa diri kerana Allah lebih mengetahui apa yang ditakdirkan buat anda. Yakinlah bahawa Allah menguji insan-insan yang disayangi-Nya dan sebagai mukmin, kita harus reda dan sabar menerimanya.

Berdoalah kepada-Nya agar diri diberi kekuatan memimpin hati ini..

Allah berfirman yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana)yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima setiap perkara yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui"
-surah at-Taghabun:11

No comments:

Post a Comment