Friday 29 November 2013

Indahnya BerWAHM

Assalamualaikum..

Jam menunjukkan pukul 12.27am. mata masih segar mengenangkan MIRICLE yang terjadi hari ni. Syukur Alhamdulillah padaMu ya Allah atas kurniaan rezeki ini. Aku yakin jika aku berusaha lebih keras lagi ganjarannya pasti setimpal dengan usaha yang aku lakukan.

Apa yang terjadi hari ni??

Al-kisah closing. Hari ni 29hb tapi aku dah closing. Sepatutnya 30hb tapi aku closing awal sebab esok kan sabtu..konon nak spent time dengan family padahal memang hari-hari mengadap depa pon.hahhaha..Tengah hari check UV, oh hanya berberapa puluh saja lagi nak cukup fasa ke 3 percentage. Hari ni tak henti-henti doa pada Allah bagi lah cukup UV aku walaupon tak mencapai target at least lepas 12%. Petang pergi ke branch order barang. Kalau nak ikut memang tak cukup UV lagi walaupun ada tambahan order barang tapi Allah maha kaya maha mendengar rintihan hambanya. Kita minta dia bagi malah berlebih-lebihan.. Syukur sangat-sangat.

Dari WAO kepada WAHM

Aku asalnya adalah seorang wanita yang bekerjaya. ceewaahhh..Bekerja sebagai setiausaha di syarikat gergasi antarabangsa (tapi gaji tak gergasi pon). Mungkin Allah nak tunjuk aku jalan yang lebih indah yang lebih bahagia supaya aku dapat jaga anak-anak aku dengan kudrat aku sendiri, tengok depa membesar depan mata aku, maka aku memilih untuk WAHM tanpa saving dalam account bank dan tanpa apa-apa back up. Yang ada hanya keahlian Shaklee.

Walaupon dah setahun jadi ahli shaklee tapi aku tak serius sepenuhnya. Buat main-main. So hasilnya pon main-mainlah kan. Bila dah jadi suri rumah ni takkan tak nak duit poket sendiri, hutang banyak nak tak nak terpaksa serius. Kiranya aku jadi baby balik walaupon hakikatnya dah Toddler sekarang.

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan memberi aku kekuatan untuk terus berjuang
" Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dalam aku menjalankan tangguing jawabku sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu dan seorang peniaga Shaklee yang berjaya. Amin ya rabbalalamin"

Nanti cerita lagi yer..nak supper, lapor..huhuhu


No comments:

Post a Comment