Wednesday 20 November 2013

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik Untuk Si Manja Anda

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan. Ini bermakna dari lahir sehingga berumur 5 bulan, bayi
~ Diberi susu ibu sahaja
~Tidak perlu air atau susu tambahan
~Tidak perlu makanan pelengkap

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
  • Mengandungi antibodi
  • Mempunyai komposisi nutrien yang mencukupi dan suhu yang sesuai 
  • Elak risiko kurang zat makanan, cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan
  • Mengurangkan risiko kepada alahan
  • Perkembangan IQ yang tinggi
  • Kurang masalah pergigian dan ortodontik
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak 
  • Mengalakkan tumbesaran
  • Penghasamba yang mudah
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak (bonding)
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mudah dan tidak perlukan persediaan
Kepentingan Penyusuan Sepenuhnya (Eksklusif) Sehingga 6 Bulan
  • Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. Penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
  • Dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien didalam susu ibu seperti zat besi
  • Sistem pencernaan dan penghadaman (bayi kurang 6 bulan) masih belum matang untuk memproses makanan selain susu ibu. Oleh itu, pemberian air/makanan pelengkap/ susu formula adalah tidak digalakkan
  • Enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh itu bayi mudah mendapat cirit-birit sekiranya makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal smenggantikan susu.
  • Air/ cecair lain(selain susu ibu)bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan - mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan

No comments:

Post a Comment