Friday 4 April 2014

20 TIP LANGSING


Tubuh yang langsing sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Ada segelintir wanita yang ingin langsing cepat dengan mengambil ubat-ubatan tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan. Ikuti 20 tip dibawah untuk langsing, sihat dan selamat

1)Buat satu diari makanan

Cara ini mampu mempengaruhi semangat anda untuk menurunkan berat badan. Rkodkan dalam sehari berapa kerap dan berapa banyak anda makan serta tahap kelaparan yang memerlukan anda makan. Catatkan juga perasaan anda ketika makan. Diari ini membantu anda lebih peka kepada keinginan untuk makan dan komited terhadap pelan diet
.
2) Kurangkan Pengambilan Gula

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudumengandungi sekurang-kurangnya 32kcal kalori. Minuman bergas juga perlu dielakkan. Tahukah anda bahawa minuman bergas umumnya mengandungi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan sudu gula? Jumlah ini menunjukkan sesuatu yang tidak sihat untuk kesihatan tubuh.

3)Amalkan aktiviti Fizikal

Antara yang boleh anda lakukan adalah berjalan cepat, menaiki tangga, berenang, bersenam atau regangan dan berbasikal

4)Lebhkan pengambilan buah dan Sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemaknya yang rendah. Oleh itu amalkan buah-buahan dalam setiap hidangan. Buah-buahan juga merupakan snek yang terbaik untuk anda.

5)KUrangkan kadar pengambilan Lemak dan Kolesterol

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggI kandungan lemak dan kolesterol. Contohnya marjerin, mentega, makanan berminyak dan bergoreng.

6) Pilih Piring Rata

Sebelum mengambil makanan, pilih piring makanan yang rata dan bukannya cembung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring. Kemudian baru diisi nasi dan lauk pauk. Jika ingin menambah, hanya sayuran yang boleh diambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan. Elakkan makan sambil menonton televisyen.

7) Ambil Vitamin

Pengambilan vitamin adalah perlu untuk menampung kekurangan mineral dan zat didalam badan akibat daripada proses penurunan berat badan. Vitamin juga untuk menambah tenaga.

8)Fokuskan Untuk Sihat Bukan Untuk Kurus

Ubah focus dan persepsi anda untuk kekal sihat dalam jangka masa panjang berbanding meletakkan matlamat hanya untuk kurus. Ramai yang telah Berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila menukar focus dan matlamat mereka.

9) Amalkan Senaman Mengempiskan Perut

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama lebih efektif. Latihan dimulakan dengan pergerakkan hula hop. Pergerakkan ini mungkin boleh disamakan dengan tarian gelek, dangdut atau hula-hula.

10) Makanlah Secara Perlahan-lahan

Nikmatilah makanan secara perlahan-lahan serta tidak terlalu gelojoh. Apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan. Jadi anda tidak perlulah makan dalam jumlah yang banyak.

11) Elakkan Berbelanja Ketika Perut Kosong

Elakkan berbelanja ketika perut kosong dan rancang perbelanjaan sesuai dengan keperluan . Jika mahu ke restoran kegemaran makanlah sedikit buah-buahan terlebih dahulu untuk mengelakkan anda makan lebih banyak.

12) Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan

Selain gula, anda juga perlu kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Pengambilan garam secara berlebihan akan menggalakkan takungan air di dalam tubuh.

13) Amalkan Minum Jus Limau Nipis

Selain minum air kosong sebanyak 3 liter sehari, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak didalam tubuh.

14) Jangan Terlalu Kerap Menimbang Berat

Elakkan menimbang berat setiap hari kerana anda mungkin tidak Nampak perbezaannya. Sekiranya anda minum air dalam jumlah yang banyak kemudian anda menimbang berat badan, kemungkinan anda akan berputus asa untuk berdiet setelah melihat keputusannya

15)Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan

Rajinkan diri anda untuk mengambil sesuatu yang pahit sebelum makan contohnya kopi. Kumur berberapa saat sebelum makan. Dengan cara ini tekak akan terasa pahit. Ini merupakan isyarat kepada otak untuk menggalakkan rembesan enzim dan asid hidroklorik. Kekurangan enzim dan asid hidroklorik di dalam perut boleh menjejaskan system penghadaman.

16) Ambil Maknan Berempah

Sesetengah rempah seperti cili dn biji sawi membantu membakar kalori di dalam tubuh. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan fungsi system penghadaman bahkan turut meningkatkan proses pembakaran lemak.

17) Cara Memasak Yang Betul

Kaedah memasak yang paling baik untuk mengurangkan kalori dalam makanan adalah merebus, memagang atau mengukus. Manakala bagi sayur-sayuran anda disaran untuk menumisnya dengan sedikit minyak contohnya satu sudu minyak masak.

18) Ambil Lebih Banyak Bijirin Dan Kekacang

Bijirin penuh merupakan sumber utama bagi tenaga. Tambahan pula bijirin dan hasil  bijirin mengandungi sumber karboihidrat kompleks, protein, vitamin, mineral disamping sedikit lemak.

19) Kawal Selera Makan

Beruslah gigi atau kunyah gula-giula getah sekiranya secara tiba-tiba anda teringin mengambil snek atau makanan ringan. Rasa pudina daripada ubat gigi membuatkan mulut nada sedikit berangin dan akan membantutkan selera.

20)Elakkan Berlapar

Makanan membantu memberikan tenaga. Apabila anda kurang menggunakan tenaga, tubuh akan terkejut. Keadaan ini akan menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Apabila anda tidak tahan berlapar, anda cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan. Pada ketika ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda kembali ke paras yang normal, tahap metabolism tubuh masih rendah.


BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN VITAMIN SHAKLEE? HUBUNGI AWA 017-6622589

1 comment: