Sunday, 6 April 2014

Sakit Dada Petanda Awal Serangan Jantung Buat WANITA


Sakit dada merupakan tanda biasa bagi serangan jantung tetapi adalah penting untuk memahami bahawa terdapat pelbagai jenis sakit dada. Kebanyakkan mereka yang menghidap penyakit arteri koronari menderita angina pectoris ataupun sakit dada atau rasa tidak selesa apabila jantung tidak menerima darah yang secukupnya.

Secara normalnya ia berlaku apabila jantung terlebih bekerja seperti semasa bersenam atau ketika melakukan aktiviti fizikal. Sakit dada ini akan hilang apabila aktiviti-aktiviti tersebut dihentikan. Sakit dada berkaitan dengan serangan jantung boleh berlaku pada sebarang masa, paling ketara keadaan ini berlaku pada waktu pagi, dan jangka masanya amat panjang dan berterusan. Mereka yang memiliki sejarah mengalami angina boleh merasai lebih kerap serangan angina dalam berberapa minggu atau hari sebelum mendapat serangan jantung.

Sakit dada yang dialami kerap diterangkan sebagai teruk, seperti terdapat sesuatu yang sedang menghancurkan jantung. Penghidap juga akan meresa seperti jantung mereka ditekan dengan teruk. Ada juga yang menerangkan sakit dada yang dialami seperti bagaikan dada mereka ketat atau panas.

Rasa sakit itu selalunya bermula pada bahagian tengah dada. Kemudiannya ia akan merebak keluar dan memberi kesan pada bahu, leher, rahang atau lengan. Sakit dada ini akan berlanjutan sehingga 15 minit dan tidak akan lega walaupun berehat atau mengambil ubat seperti nitroglycerin.

Gejala-Gejala

Tanda-tanda serangan jantung pada wanita dan orang dewasa berumur amat berbexa. Selalunya gejala-gejala hadir sebagai sakit dada atiupikal atau tidak bersesuaian dengan jenis. Ini bermakna ia seperti lebih rasa tidak hadam atau pedih hati. Ia juga boleh termasuk loya atau muntah-muntah.

Wanita lebih ramai mengalaminya jika dibandingkan dengan lelaki. Wanita juga akan turut mengalami kesukaran untuk bernafas atau nafas pendek, kelesuan atau kelemahan pada bahu dan lengan atas.

Orang dewasa berumur sering mendapatkan rawatan perubatan untuk pelbagai gejala termasuklah kesukaran bernafas, keliru, pengsan, kepeningan, sakit perut dan batuk. Mereka sering terfikir diri mengalami strok sedangkan hakikatnya mereka sedang menderita serangan jantung.

Gejala-gejala lain yang muncul semasa serangan jantung adalah tindak balas kepada kerosakkan yang dialami oleh jantung semasa serangan berlaku. Kegelisahan, takikardia (degupan jantung pantas) dan penyempitan pembuluh darah berlaku apabila tindak balas kepada rangkaian sistem saraf.

Keadaan ini menyebabkan kulit yang sejuk, berlengas atau lembap., dan berbelak. Pusat pernafasan di otak memberi tindak balas kepada rasa sakit dan kimia darah berubah dengan cara meningkatkan kadar pernafasan. Kematian trisu jantung menyebabkan inflamasi yang menybabkan peningkatan sel-sel darah putih dan kenaikkan dalam suhu.

Bergantung pada lokasi dan jumlah kematian tisu jantung, tandatanda serangan jantung termasuklah tekanan darah tinggi, loya, muntah-muntah atau bradikardia atau degupan jantung perlahan.

Iritasi pada diafragma boleh menyebabkan diri tersedu. dalam kes teruk, tanda pertama serangan jantung adalah kematian mengejut. Keadaan ini berlaku apabila pembuluh utama darah tersekat sepenuhnya.

Adalah penting untuk mendapatkan rawatan dengan segera apabila tanda-tanda pertama serangan jantung sedang dialami. Apabila mangsa serangan jantung sedang menerima rawatan perubatan lebih tiggi peluang untuk mereka hidup.

Pencegahan

Tindakan terbaik adalah untuk menurangkan risiko-risiko awal dalam kehidupan. Tujuan utama adalah untuk tidak mengalami angina, serangan jantung atau kematian mengejut. Walaupun kita tidak dapatr mengelak penuaan, risiko yang diwarisi atau jantina, tetapi faktor-faktor risiko lain mampu kita kawal. Kita boleh melakukuan perkara-perkara berikut bagi mengelakkan sakit sakit dada sekaligus serangan jantung

  • Bagi perokok. BERHENTILAH MEROKOK
  • kawal tekanan darah tinggi
  • Rendahkan lemak dalam darah (diet, senaman dan perubatan)
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Kawal diabetis dan gula dalam darah
  • Jangan mengambil dadah.
Vitamin Shaklee Untuk Kesihatan Jantung

Omega Guard

Membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pangambilan asid-asid lemak Omega-3 seperti EPA dan DHA boleh 
  • mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
  • memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah rendah dan paras trigliserida yang normal.
  • Memelihara Kesihatan otak, pemglihatan dan fungsi-fungsi sendi
EPA menyihatkan jantung dan sendi
DHA Penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak

Energizing Soy Protein (ESP)


Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi merendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamnnya
  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14g protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan Menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
Sustained Release Vitamin C

Merupakan produk pertama yang menawarkan Vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semula jadi yang menggunakan propeitari dengan sistem penyaluran yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam
  • Antioksidan yang kuat
  • Menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah
Vitamin E Complex

Sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan.

B-Complex



Vitamin B penting untuk fungsi keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada dari segi
  • Kesihatan jantung
  • Sintesis DNA
  • Menguruskan tekanan
  • Membina metabolisma
  • Meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan
Lechitin

Sains Akademi Nasional (The Nasional Academy of Scienes) telah menetapkan yang kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia
  • meningkatkan kesihatan otak
  • kesihatan hati
  • kesihatan sistem kardiovaskular 
  • kesihatan pembiakkan

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN RANGKAIAN VITAMIN SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 017-6622589

1 comment:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Omega 3

    ReplyDelete