Monday 7 April 2014

Pentingnya Ketahui WAKTU SUBUR Anda

sumber: majalah pa&ma

Tahukah anda bahawa terdapat berberapa kaedah yang boleh diaplikasi bagi membantu anda mengenalpasti hari subur?

Lazimnya tempoh kesuburan berlangsung dari kali pertama anda haid sehingga monopous. Dalam satu kitaran haid, hanya ada berberapa hari dalam sebulan di mana anda berada dalam keadaan subur dan bersedia untuk hamil. 

Kajian yang pernah dijalankan oleh Barret dan Marshall mendapati hanya 24% hubungan intim yang dilakukan tanpa mengetahui hari subur berjaya mencetus kehamilan. Hal ini kerana hanya pada waktu subur, peluang anda untuk berbadan dua sangat tinggi. Oleh sebab itu amat pentinguntuk anda mengetahui waktu subur jika merancang untuk hamil.

Pengiraan Kitaran Haid

Wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal biasanya subur. Secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan membuat pengiraan mudah. Andaikan kitaran haid anda adalah selama 30 hari. Anggarkan waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang dan ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke 14 (30-16) hingga hari ke 18 (30-12). Oleh yang demikian, amat penting untuk anda mencatatkan tarikh hari pertama haid untuk mengira tarikh dimana anda berkemungkinan subur.

Pengeluaran Lendir

Kaedah ini adalah antara cara yang mudah bagi mengetahui waktu subur anda. Terdapat segelintir daripada golongan wanita bertuah yang dapat mengnal pasti waktu suburnya melalui tanda - tanda pengeluaran lendir berlebihan dari faraj. Lendir ini datang dalam pelbagai warna. Ia boleh menjadi coklat ataupun jernih seperti telur mentah. Dalam masa yang sama, anda mungkin turut mengalami tanda seperti sakit ataupun senak dibahagian bawah perut. Setelah lendir sebegini keluar, ia akan bertukar bentuk kepada lebih pekat dan kesat. Keadaan sebegini menandakan waktu subur sudah pun dilewati.

Pemantauan Suhu Badan (BBT)

Mencatat BBT adalah salah satu kaedah yang boleh anda gunakan untuk mengesan hari subur. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan termometer khas iaitu ovulation thermometer. Persediaan awal penggunaan termometer ini perlu dilakukan pada sebelah malam dengan menggoncang termometer supaya tanda raksa turun ke paras yang paling rendah. Sebaik sahaja bangun daripada tidur, termometer tersebut perlu diletakkan kedalam mulut selama dua hingga tiga minit.

Catatan suhu badan ini perlu dilakukan pada setiap hari kecuali ketika haid dengan membuat graf. Kebiasaannya, suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih. Inilah hari di mana anda berkemungkinan subur. Suhu, kemudian akan meningkat sehingga 0.2 darjah dan berlarutan sehingga 10 hari atau lebih. Suhu yang tinggi adalah disebabkan oleh kehadiran hormon progesteron.

Ujian Darah

Ujian darah dilakukan bagi mengesan paras hormon yang boleh menentukan anda mengeluarkan benih ataupun sebaliknya. Sukatan paras hormon progesteron dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid. Kaedah ini agak mahal kerana ujian ini hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan sedemikian rupa.

Perubahan Fizikal

Pada waktu subur, tubuh akan mengalami perubahan kecil. Bahagian tubuh yang terlibat adalah payu dara. Terdapat segelintir wanita yang mengalami tabda iaitu payu dara lebih lembut sewaktu subur. Keadaan ini dikaitkan dengan hormon yang sedang melakukan persiapan awal sebelum kehamilan berlaku. Walau bagaimana pun, ia bukanlah suatu kaedah yang dapat meramalkan hari subur dengan baik. Hal ini kerana payu dara boleh menjadi lembut sebelum atau selepas hari subur.

Kedudukan Pangkal Rahim

Kaedah sebegini memerlukan permerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan hampir setiap hari. sebaik-baiknya pada waktu yang sama dengan memasukkan jari yang dibersihkan terlebih dahulu ke dalam faraj dalam keadaan anda mencangkung. 

Sebelum waktu subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering, padat (seperti anda menyentuh hidung) dan selalunya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur, pangkal rahim agak tinggiu sehingga sukar untuk disentuh, agak lembut (seperti anda menyentuh bibir) dan lembap dengan laluan yang agak terbuka.

Cara Tingkatkan Kesuburan

1) Buang Tabiat Buruk

Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, suami yang mungkin gemar merokok perlu menghentikan  tabiatnya itu. Hal ini kerana rokok mengurangkan peluang anda berdua menimang cahaya mata. Jika hamil sekalipun, ia akan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran kurang berat badan

2) Berat Badan Sihat

Wanita yang memiliki berat badan kurang (BMI kurang daripada 20) ataupun lebih berat badan (BMI melebihi 25) dikatakan sukar dan memerlukan mnasa yang agak panjang untuk hamil berbanding yang mempunyai berat badan ideal. Malah jika berat badan ideal, lebih mudah anda kembali langsing selepas bersalin nanti.

3) Kurangkan Kafein

Penggemar kafein perlu kurangkan pengambilannya jika mahu hamil. Jika dahulu anda minum sehingga 3 cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein turut menyebabkan zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko and menghidap anemia jika berjaya hamil kelak.

4)Sperma Sihat

Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi, elakkan penggunaan penyembur faraj, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma.

BERSAMA SETIAP HARI

Telur (ovum) tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Ia hanya boleh bertahan satu hingga dua hari sahaja. Walau bagaimanapun sperma mempunyai kelebihan iaitu dapat bertahan tiga hingga lima hari. Sekiranya anda dan suami bersama tiga hari sebelum waktu subur atau dua hari selepas waktu suburt, peluang untuk hamil tetap ada.

Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, anda boleh bersama setiap malam pada hari ke 11 hingga hari ke 16 haid bagi mendapatkan waktu optimim hari subur. Menerusi cara ini, hari subur anda dianggarkan akan berlaku pada hari ke 14. Namun ia hanya boleh digunakan oleh anda yang mempunyai kitaran haid 28 hari.

No comments:

Post a Comment