Monday 22 April 2013

Penyusuan Badan..


Bukan mudah untuk kembali ke rumah selepas melalui saat-saat kelahiran. Terasa begitu banyak bebanan dan menyusu badan menjadi rumit dan memenatkan. Anda mungkin beranggapan anda tidak dapat keluar rumah dan terasa diri seperti 'terpenjara'. Atau anda mungkin berasa susu anda terlalu sedikit dan tidak pasti jika bayi mendapat jumlah susu yang mencukupi.

Oleh itu anda perlu selalu berasa tenang semasa menyusu. Bayangkan betapa bertuahnya anda kerana berupaya untuk menyusukan bayi anda.

Jika bayi anda menangis, mungkin dia lapar. Anda hanya ada satu pilihan iaitu susukan dia. Tangisan bayi tidak semestinya kerana dia lapar semata-mata. Bayi juga menangis apabila lampinnya basah, dia penat atau mungkin dia hanya mahu dibelai. Anda akan tahu apa yang perlu dilakukan dengan memberikan perhatian yang khusus.

Kebiasaannya, seorang bayi yang baru lahir perlu disusukan setiap 3-4 jam. Apabila umurnya semakin meningkat, masa antara penyusuan juga akan meningkat (memandangkan susu yang diminumnya berubah dan bayi juga minum lebih banyak pada setiap penyusuan)

Kebanyakkan bayi akan mengikuti satu corak penyusuannya yang tersendiri. Tubuh anda juga akan menyesuaikan diri dengan rentak bayi anda. Anda mungkin akan mengalami bengkak pada payudara dan susu sudah sedia untuk keluar apabila bayi anda menangis (malahan berberapa minit sebelum bayi anda lapar). Kadangkala anda tidak sabar menunggu dia bangun, kerana masa untuk bayi anda menyusu sudah pon lepas dan payudara anda sudah bersedia untuk menyusu. Perkara yang paling penting adalah semasa anda menyusu bayi anda, anda seharusnya relaks.

Menyusukan bayi adalah pengalaman yang menakjubkan tetapi anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Menyusu Badan Memberikan Banyak Manfaat


-  Susu ibu adalah susu yang paling berkhasiat untuk bayi dan mengandungi segala zat yang penting untuk pertumbuhan badan dan otak bayi

- Pada mana-mana peringkat, meskipun jika bayi anda pramatang, khasiat dalam susu badan anda akan disesuaikan mengikut keperluan bayi tersebut.

- Susu ibu mengandungi antibodi yang menyokong kesihatan bayi anda dan membantu mencegah penyakit dan alahan.

- Kolostrum (susu yang dihasilkan berberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan) membantu bayi untuk mengeluarkan mekonium.

- Susu ibu bersifat steril, suhunya sentiasa sesuai, sentiasa ada dan tidak melibatkan kos.

- Melalui penyusuan badan, ibu dan bayi menjalin hubungan erat.

- Dalam berberapa minggu pertama selepas kelahiran, penyusuan badan membantu uterus kembali ke saiz asalnya. Anda mungkin merasai pengecutan dan kesakitan, tetapi ia membantu ibu untuk pulih selepas kelahiran.


No comments:

Post a Comment