Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan. Ini bermakna dari lahir sehingga berumur 5 bulan, bayi
~ Diberi susu ibu sahaja
~Tidak perlu air atau susu tambahan
~Tidak perlu makanan pelengkap
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
- Mengandungi antibodi
- Mempunyai komposisi nutrien yang mencukupi dan suhu yang sesuai
- Elak risiko kurang zat makanan, cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan
- Mengurangkan risiko kepada alahan
- Perkembangan IQ yang tinggi
- Kurang masalah pergigian dan ortodontik
- Mengurangkan risiko penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
- Mengalakkan tumbesaran
- Penghasamba yang mudah
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
- Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak (bonding)
- Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
- Menjimatkan masa dan wang
- Mudah dan tidak perlukan persediaan
Kepentingan Penyusuan Sepenuhnya (Eksklusif) Sehingga 6 Bulan
- Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. Penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
- Dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien didalam susu ibu seperti zat besi
- Sistem pencernaan dan penghadaman (bayi kurang 6 bulan) masih belum matang untuk memproses makanan selain susu ibu. Oleh itu, pemberian air/makanan pelengkap/ susu formula adalah tidak digalakkan
- Enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh itu bayi mudah mendapat cirit-birit sekiranya makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal smenggantikan susu.
- Air/ cecair lain(selain susu ibu)bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan - mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan
No comments:
Post a Comment