Thursday, 20 March 2014

Ketahui Kaedah Merancang Kehamilan

Perancang keluarga cukup penting untuk membantu wanita memahami apakah tindakan yang perlu mereka lakukan sebaik sahaja selesai melalui proses bersalin.

Menurut Dr. Wan Hilya dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Selangor terdapat berbagai-bagai jenis perancang keluarga boleh didapati di negara ini dan ia boleh dibahagikan kepada kaedah moden, semula jadi dan traditional. Walau bagaimanapun tiada bukti saintifik yang menyokong keberkesanan kaedah traditional.

Perancang keluarga moden dibahagikan kepada kaedah sementara dan kekal. Kaedah sementara ini terdiri daripada kaedah yang mengandungi hormon dan tidak mengandungi hormon.

Kaedah Mengandungi Hormon

Kaedah perancang keluarga yang mengandungi hormon adalah pil perancang keluarga, suntikan hormon, implan, plaster, tampalan dan Vaginal ring.

Pil Perancang Keluarga

Terdapat 2 jenis pil perancang keluarga iaitu sejenis pil yang mengandungi 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progestron manakala sejenis lagi mengandungi 1 jenis hormon sahaja iaitu progesteron. Pil yang mengandungi sejenis hormon selamat digunakan sewaktu ibu tersebut menyusukan anaknya.

Pil Perancang berkesan sekiranya dimakan sewaktu haid bermula setiap hari selama 21 hari kemudian berhenti untuk 7 hari dimana haid  akan keluar pada masa tersebut . Pengambilan ubat perlulah setiap hari serta pada yang sama agar paras hormon tersebut di dalam badan adalah konsisten bagi mengelakkan risiko mengandung. Sekiranya tatacara pengambilan ubat adalah betul, risiko hamil adalah serendah 0.3%. Pengguna kaedah ini akan kembali subur apabila seorang wanita itu berhenti mengambil pil perancang keluarga.

Suntikan Hormon

Suntikan juga mengandungi sejenis hormon dan ia boleh diberi pada wanita yang menyusukan anaknya. Suntikan perlu diambil setiap dua atau 3 bulan sekali bergantung kepada jenis suntikan yang dipilih.

Keberkesanan kaedah ini mengelakkan hamil adalah tinggi iaitu 99.7%. Kelebihan kaedah ini adalah wanita tidak perlu mengingati untuk mengambilnya setiap hari seperti pil dan amat berkesan bagi wanita bekerjaya serta sering outstation.

Tapi perlu diingat penggunaan kaedah berhormon boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk berberapa bulan pertama.

Implan

Implan adalah kaedah yang mempunyai keberkesanan 99.9% bagi pencegahan kehamilan. Kaedah ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan kemudian perlu dikeluarkan. Kaedah ini juga menggunakan satu jenis hormon dan sesuai bagi ibu menyusukan anaknya.

Penggunaan kaedah ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk berberapa bulan pertama.

Kaedah Kecemasan

Kaedah ini digunakan apabila kaedah lain tidak digunakan dan pasangan suami isteri tersebut tidak bersedia untuk mengandung sedangkan hubungan seks tanpa perlindungan telah dilakukan. Dengan ini, pil perancang keluarga kecemasan ini bolehlah diambil selepas bersama dalam masa 72 jam pertama.

Kaedah Tanpa Hormon

Alat Dalam Rahim (Multiload Copper IUCD)

Adalah kaedah perancang keluarga yang boleh digunakan selama 3 tahun dan selepas tempoh tersebut ia perlu dikeluarkan. Alat ini selamat digunakan untuk ibu menyusukan badan disebabkan tiada hormon didalamnya. Keberkesanan kaedah ini adalah 99.4%. Selain itu kitaran haid juga tidak terjejas disebabkan tiada penggunaan hormon.

Kondom

Kaedah ini boleh didapati dengan mudah dan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks. Ia juga boleh mengelakkan penyakit jangkitan kelamin. Sebelum menggunakannya, pemakai perlu memeriksa tarikh luput, meneliti sebarang kebocoran, serta pemasangan yang betul perlu diambil kira untuk memastikan kaedah ini berkesan. Risiko kehamilan dengan kaedah ini adalah 2%.

Diafragma

Sejenis kaedah halangan oleh golongan wanita dimana ia menutupi bahagian serviks. Kaedah ini kurang mendapat sambutan disebabkan kaedah penggunaannya. Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkan ditempat yang betul. Risiko kehamilan dengan kaedah ini juga adalah tinggi iaitu 5%.

Oleh itu, sebagai wanita haruslah bijak memilih kaedah perancng yang sesuai. Dapatkan nasihat dari doktor sebelum mencuba sesuatu kaedah merancang kehamilan.

Monday, 3 March 2014

Penjagaan Ibu dan Kelahiran

Pada minggu-minggu dan bulan-bulan pertama, ibu akan memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan pada si kecil. Kebanyakkan ibu sering mengabaikan penjagaan diri sendiri sedangkan perkara ini juga akan menmanfaatkan bayi dan keluarga.

Kembali langsing bukan hanya dengan pemulihan fizikal selepas kelahiran, tetapi juga dengan memberi tumpuan pada penjagaan diri, tubuh dan kesihatan. Ibu perlu memberi perhatian kepada apa yang dimakan, waktu rehat dan penjagaan kulit dan badan. Secara keseluruhan, penjagaan diri amat penting untuk ibu kekal sihat dan gembira

Ingat bahawa masa dan penjagaan yang ibu berikan kepada diri sendiri sebenarnya ialah satu pelaburan kearah  membina sebuah keluarga yang bahagia. Bayi, pasangan dan anak-anak akan melihat serta merasai perbezaannya jika ibu mereka senang dengan diri sendiri. Oleh itu luangkan masa untuk diri sendiri. Berusaha untuk kembali langsing,jaga diri dan kulit. Makan dengan teratur, rehat secukupnya dan jadilah seorang ibu yang lebih baik, lebih rileks dan lebih gembira.

BERMINAT UNTUN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE
CALL/SMS/WHATSAPP AWA 0176622589

Thursday, 27 February 2014

Kaitan Resdung dan Migrain

Sesetengah orang yang menghidap migrain turut mempunyai simptom yang sama seperti resdung misalnya hidung tersumbat atau mata berair.

Satu kajian secara besar-besaran mendapati hampir 90% orang yang mengadu sakit kepala resdung, turut menghidap migrain. Kajian ini teleh diasaskan oleh GlaxoSmithKline.

Oleh itu berwaspadalah jika anda kerap merasa sakit kepala ketika resdung menyerang. Ia mungkin juga petanda migrain.

INGIN DAPATKAN PRODUK SHAKLEE UTK RESDUNG DAN MIGRAIN?
CALL/SMS/WHATSAPP AWA 0176622589

Think Yourself Healthy

Ramai di antara kita sering menafikan kuasa minda. Sedangkan segala-galanya bermula dari situ. Sebagai contoh, kita diberi satu tugasan. Apabila minda kita memikirkan boleh, pasti hati akan turut berkata boleh walaupun orang sekeliling mengatakan tidak boleh. Demikianlah hebatnya kuasa minda pada diri.

Jangan biarkan minda berada pada kedudukan kedua selepas hati. Minda sepatutnya yang menguasai hati. Sentiasalah berfikir yang anda sihat, anda kuat, anda hebat, anda boleh, anda mampu, anda berani, anda cantik dan sebagainya. Kata-kata ini perlahan-lahan akan masuk kedalam jiwa sehingga kemampuan diri terbukti untuk merealisasikannya.

Semoga selepas ini anda dan saya lebih yakin dan bersemangat melakukan apa sahaja yang dirancang. Tambah-tambah pula kalau anda hendak memperbaiki gaya hidup yang lebih sihat ♥♥♥

Monday, 17 February 2014

RAWATAN TERBAIK ATASI 4 CELA KULIT

Kita sering dihantui dengan pelbagai masalah kulit yang adakalanya kita sendiri tidak pasti apakah ia. Ketahui jenis-jenis cela ini dan bagaimana Vitamin Shaklee dapat membantu

KULIT TEMPEL

Tempel kulit ialah ketumbuhan kecil pada kulit yang mungkin mempunyai pedunkel (tangkai) – Nampak seperti tempelan kulit kecil yang tergantung

Tanda Dan Gejala

Ia boleh muncul pada mana-manabahagian permukaan badan (kulit)(, tetapi kebanyakkannya di bahagian dimana kulit bergesel dengan kulit seperti:
  • Kelopak mata
  • Ketiak
  • Bawah payudara
  • Bahagian kelangkang
  • Bahagian atas dada
  • Leher (Paling biasa) 

Tempel kulit atau ketumbuhan bukan benigna ini tidak menyebabkan sebarang gejala, melainkan berulang kali ditenyeh atau digaru. Ia boleh berlaku apabila memakai baju, barang kemas, atau mencukur. Tempel kulit yang sangat besar boleh pecah akibat tekanan. Tempel kulit terbentuk daripada sel saraf, sel lemak, dan penutup epidermis

Punca

Tempel kulit adalah ketumbuhan yang sangat biasa dan umumnya dialami selepas usia pertengahan. Ia dipercayai berpunca daripada kulit bergesel dengan kulit. Oleh kerana itu ia umumnya terdapat pada lipatan kulit.
Tempel kulit lebih biasa dialami oleh
  • Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk, mungkin kerana mereka mempunyai lebih banyak lipatan kulit.
  • Wanita mengandung – besar kemungkinan disebabkan pengeluaran hormone
  • Pesakit diabetis
  • Mereka yang mendapat serangan virus papilloma manusia
  • Mereka yang mempunyai anggota keluarga terdekat yang mempunyai temple kulit lebih berkemungkinan akan mendapatnya.


SIRINGOMA

Siringoma adalah benjolan benigna tidak berbahaya berpunca daripada kelenjar peluh atau ekrin yang terlebih aktif. Biasanya terdapat dibahagian atas pipi dan bawah mata, lebih kerap dialami oleh remaja dan wanita. Siringoma boleh diwarisi dan mereka yang menghidap diabetis (kencing manis)

Tanda Dan Gejala

  • Siringoma adalah benjolan kecil warna kulit (papul dermis) yang terbentuk pada bahagian atas pipi dan bawah mata
  • Papul (bintat kecil) boleh berbentuk bulat atau rata, dan berupa sista atau jernih
  • Mungkin terdapat bonjol-bonjol kecil setempat atau di beberapa bahagian muka pada satu masa
  • Wanita lebih cenderung mendapat siringoma daripada lelaki

Punca

Siringoma bermula daripada sekumpulan sista minyak yang perlahan-lahan bercantum menjadi satu. Puncanya termasuk gfen keluarga, makanan berkalori tinggi (goring/BBQ), diabetis dan minyak berlebihan pada epidermis (produk penjagaan kulit terlalu berkrim/sabun berlebihan/ kelenjar peluh terlebih aktif)

Punca sirigoma yang lain termasuk
  • Kelenjar peluh atau ekrin terlebih aktif
  • Hormon tidak seimbang
  • Keadaan perubatan seperti diabetis yang meningkatkan risiko pertumbuhan sirigoma


SISTA MINYAK

Sista adalah bonjol kecil yang terbentuk betul-betul dibawah kulit. Tidak seperti jerawat yang berpunca daripada minyak terkumpul dalam pori-pori, sista mengandungi protein dikenali sebagai keratin yang menyumbat pori-pori. Sista boleh terbentuk dalam pelbagai saiz, daripada bonjol halus sehingga bonjol besar.

Tanda Dan Gejala

Sista yang terbentuk pada muka tidak boleh ditutup dengan mekap atau krim. Sista boleh dialami oleh orang dewasa dan kanak-kanak, dan biasanya disebabkan oleh jangkitan pada folikel rambut dan pengeluaran sebum berlebihan. Sista umumnya tidak membawa mudarat tetapi ini tidak bermakna anda patut membiarkannya. Jika tidak dirawat, sista minyak boleh menyakitkan atau menyebabkan kemerahan kulit.
Sista minyak selalunya membesar menjadi bisul, kadang-kadang satu atau dua bintil yang biasanya terdapat dibahagian bawah mata, bahagian atas pipi dan ketiak, dada dan perut. Bonjol kecil warna kulit atau kekuningan ini ada kalanya Nampak seperti lut cahaya (seperti sista kelahiran) dengan garis pusat kurang dari 3mm

Punca
  • Kelenjar sebum terlebih aktif sehingga mengakibatkan pori-pori tersumbat
  • Jerawat boleh menjadi sista jika tidak dirawat dengan betul
  • Perubahan hormone tidak seimbang
  • Akil baligh
  • Bahan pencemar dan bahan kimia
  • Diet tidak sihat


KUTIL

Apabila kutil atau ketuat kulit muncul, ketumbuhan tidak berbahay ini seolah-oleh muncul entah dari mana. Tetapi kutil biasa sebenarnya adalah jangkitan dalam lapisan atas kulit, disebabkan oleh virus papilloma manusia. Apabila virus menyerang lapisan luar kulit, biasanya menerusi goresankecil, ia menyebabkan pertumbuhan sel dengan pantas pada lapisan luar kulit  yang membentuk kutil
Virus papilloma manusia boleh merrebak dan berjangkit menerusi perkongsian tuala atau pakaian, lebih-lebih lagi di tempat awam seperti rumah kelab dan pusat kecergasan.

Tanda Dan Gejala

Pakar sains telah mengenal pasti lebih daripada 100 jenis virus unik. Kebanyakkan orang pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya satu kutil biasa dalam hidup mereka, biasanya pada tangan.
Cara paling biasa dijangkitan virus ini adalah melalui sentuhan kulit dengan kulit. Anda juga boleh dijangkiti virus daripada benda seperti tuala yang telah digunakan oleh orang yang mempunyai kutil

Punca

Kutil umumnya adalah sejenis cela kulit yang tidak mendatangkan mudarat. Permukaan benjolannya rata dan berpunca daripada virus biasa yang dinamakan virus Papiloma Manusia (HPV). Jumlah ketumbuhan adalah dari 20 hingga 100. Jika tidak dibuangsebaik sahaja tumbuh, kutil akan merebak.
Kutil merebak melalui sentuhan fizikal dan perkongsian barang seperti tuala dan sebagainya. Ia boleh berjangkit dari seorang manusia kepada manusia lain. Sesetengah kutil membawa risiko tinggi kerana ia invasive. Anda hendaklah segara berjumpa doctor untuk membuangnya jika ia bernanah atau berdarah, dengan kesakitan atau kegatan tersembunyi, lebih besar dari saiz biasa (garis pusat lebih daripada 1sm), warna dan saiz berubah, dan tiba-tiba menjadi radang

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE DAPAT MEMBANTU

SR VITA C

Vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietary dengan system penyaluran yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam. Sebagai satu antioksidan yang kuat, Vitamin C merupakan nutrient yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gig,tulang, otot dan pembuluh darah.

Kebaikkan SR Vita C

  • Melambatkan proses penuaan
  • Pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik
  • Membantu menghilangkan parut dan jerawat
  • Membantu wajah tampak lebih berseri dan tidak kusam


VITAMIN E

Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat disamping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.

Kebaikkan Vitamin E

  • Melambatkan proses penuan
  • Memperbaiki peredaran darah
  • Melegakan PMS
  • Mengurangkan kesan parut
  • Meningkatkan kesuburan.Menambah pengeluaran air mani lelaki
  • Menggalakkan kulit, dan rambut menjadi sihat, cantik dan lebat
  • Membantu merawat masalah kedinginan suami isteri


B—COMPLEX

Vitamin B penting untuk fungsi keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolism.

Kebaikkan B-Complex
  • Detoksifikasi
  • Menghilangkan stress
  • Membantu tumbesaran
  • Mengekalkan kesihatan rambut dan mata
  • Mencegah anemia
  • meredakan senggugut
  • Menguatkan antibosi tubuh


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasakan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Kebaikkan ESP
  • Mencerah, Melicin dan menggebukan kulit
  • Menghilangkan parut
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong system imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan mennggalakkan kesihatan jantung dan prostat


Pengambilan VITAMIN SHAKLEE secara konsisten bukan sahaja menjadikan kulit lebih cantik, cerah berseri-seri, ia juga memberi kesihatan yang menyeluruh kepada badan anda.


BERMINAT NAK MENCUBA VITAMIN SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 0176622589

Monday, 3 February 2014

HIPERHIDROSIS:PELUH BERLEBIHAN


Hiperhidrosis ialah keadaan dimana peluh yang melampau. Namun begitu tidak ramai yang mengetahui keadaan ini sebagai penyakit. Kebanyakkannya beranggapan ia adalah masalah biasa yang terjadi pada semua orang. Dari segi perubatan, hyperhidrosis ialah masalh peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.

Ada tiga jenis hyperhidrosis, iaitu hyperhidrosis berpunca daripada emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan, kaki serta ketiak, hyperhidrosis setempat dan hyperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Punca hyperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan dan sebahagian kecil kerana pembawaan ginetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahupun perempuan dan ia juga tidak mengira factor usia.

Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolic seperti hipertiroidisma, diabeties, hipoglisemia, gaout, pheochorocytoma dan juga monopous. Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan peluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hyperhidrosis yang boleh dirawat dengan betul. Malah ada berberapa ujian yang perlu dilalui.

Dari segi rawatan, usaha bagi mengatasi hyperhidrosis ini juga menjadi satu cabaran bagi doctor. Selain itu, ada pelbagai ubat turut digunakan untuk merawat penyakit ini. Suntikan toksin Botulinum atau Botox misalnya amat berkesan untuk rawatan hyperhidrosis pada telapak tanagn dan dibawah ketiak.

Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukanprosedur yang mana saraf simpatetik dimusnakah secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan.

VITAMIN SHAKLEE DAN HIPERHIDROSIS

ALFAFA

Alfafa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Ianya kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavaniod, pelbagai mineral surih dan vitamin. Antara kebaikkan Alfafa adalah

  • Merawat system pencernaan dan sembelit
  • Mengawal kolesterol dalam darah
  • Menghapuskan kolesterol buruk dari tubuh
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  • Mengurangkan paras gula dalam darah (untuk penyakit diabetis)
  • Mencegah edema (Pengumpulan air dalam badan)
  • Mengurangkan Sistem monopous
  • Merawat asthma dan masalah pernafasan
  • Menyahkan toksik dalam tubuh
  • Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  • Meningkatkan system pertahanan tubuh
  • Membantu masalah penghadaman
  • Menghangatkan hubungan suami isteri
  • Membantu meningkatkan kesihatan lelaki


ANDA NAK CUBA VITAMIN SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 0176622589

Sunday, 26 January 2014

Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)


Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Punca tekanan darah rendah tidak sentiasa jelas. Ia boleh dikaitkan dengan yang berikut:
  • Kehamilan

  • Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)

  • Ubat over-the-counter

  • Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi

  • Kegagalan jantung

  • Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)

  • Pelebaran atau pengembangan, saluran darah

  • Keletihan haba atau strok haba

  • Penyakit hati


Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.
Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu 
kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, 
dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, 
masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah

Ramai dikalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat.Jika anda mengalami tekanan darah rendah perlu melakukan perkara-perkara berikut:

·         Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
·         Jangan berdiri terlalu lama
·         Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
·         Diet rendah karbohidrat
·         Banyakkan minum air putih
·         Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
·         Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
·         Melakukan aktiviti senaman secara teratur.

Vitamin yang dicadangkan untuk penghidap penyakit Tekanan Darah Rendah :

Produk
Kuantiti
Kali
Catatan
Vitalea

2
2
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
B Complex

2
2
Mengurangkan stress,penghasilan tenaga
E.Soy Protein

2
3
Meningkatkan tenaga
Meal Shakes

2
3
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance Drink

1
3
Mengelakkan dr hidrasi
Ostematrix

4
2
Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah


 BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 017 6622589