Tuesday 8 April 2014

RISIKO HAMIL LEWAT

sumber: majalah pa&ma

Mengandung di usia lewat iaitu 38 tahun ke atas ada risikonya. Wanita berusia 38 tahun ke atas selalunya lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Masalah hamil di usia lewat termasuklah risiko bayi mengalami masalah ginetik seperti Down Syndrome, penat, mengantuk, rasa lemah dan letih yang lebih ketara.

Ketika hamil ada risiko bayi yang besar yang menjurus kepada proses kelahiran yang lebih lama, masalah lekat bahu (shoulder dystocial), risiko pembedahan ceaserian, rahim lambat mengecut dan tumpah darah. Semua ini perlu difikirkan bersama dengan doktor.

Pemeriksaan kesihatan sebelum hamil hendaklah dilakukan. Pastikan tahap hemoglobin berada dia atas 11.5g%. Jika rendah, pengambilan zat besi amat diperlukan dan diet pemakanan perlu ditukar kepada diet yang mengandungi zat besi yang tinggi.

Pemeriksaan juga perlu bagi memastikan tahap tekanan darah tidak mencapai 140/90 mmHg. Jika tekanan darah tinggi, ubat perlu diambil sebelum hamil lagi. Setelah hamil, risiko untuk mengalami masalah praeklampsia dan eklampsia masih kekal lebih tinggi daripada golongan yang mempunyai tekanan darah normal.

Oleh itu, amatlah penting untuk memahami risiko yang bakal berlaku jika ingin hamil di usia yang lewat. Ada wanita yang menyatakan mahu menanggung risiko sebegini, tetapi apabila berlaku komplikasi seperti bayi pra matang, kecacatan otak atau diri sendiri diserang sawan dan kegagalan organ hati, ginjal akibat masalah praeklampsia dan eklampsia, mereka akan terkejut dan tidak boleh menerima apa yang berlaku.

Pemeriksaan sebelum hamil adalah bagi memastikan anda tidak mengalami kencing manis. Jika seseorang wanita mengalami kencing manis yang tidak dikawal dengan insulin, maka risikonya adalah kecacatan kepada janin yang dikandungi seperti congenital heart disease.

Oleh itu, hamil di usia yang lewat terdedah kepada pelbagai risiko dan komplikasi ketika kehamilan dan kelahiran. Tetapi, pemeriksaan sebelum kehamilan boleh membantu menstabilkan masalah kesihatan jika ada.

  •  Makanlah asid folik sebelum hamil. 
  • Mulakah diet yang sihat. 
  • Amalkan senaman untuk kesihatan. Senaman memang bagus untuk ibu hamil kerana ia ada pelbagai manfaat di sebaliknya.
  1. Meningkatkan stamina semada dalam proses bersalin
  2. Membantu mengawal pertambahan berat badan dengan baik
  3. Membolehkan pulih dengan kadar segera selepas bersalin
  4. Meningkatkan daya tahan otot yang dapat membantu meneran dengan lancar
  5. Membantu meningkatkan tahap kesihatan dan keyakinan diri.
  • Juga banyakkan berdoa dan berserah kepada Allah setalh kita lakukan sekadar apa yang kita mampu.
SET KEHAMILAN DARIPADA SHAKLEE




BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN RANGKAIAN VITAMIN SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 017-6622589
PENGHANTARAN TERUS KE TEMPAT ANDA!!

1 comment:

  1. Bila mengandung di usia yg lewat memg mcm mcm risiko akan timbul

    ReplyDelete