Monday, 20 January 2014

ALFAFA - BENARKAH IANYA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN?

Sejak kebelakangan ini kecoh isu Alfafa. Ramai yang baca artikel yang dikeluarkan oleh Dr.Zubaidi di laman blog beliau dan terus gelabah. Jelas dan nyata jawapan dia memang sangat bagus dan betul pun. Maka mari saya kupas.


1. Statement Dr Zubaidi, tak salah amik supplement dan pastikan amik dari company yang dipercayai.

JAWAPAN: Memang betul dan shaklee adalah company nutrisi yang sudah lebih 50 tahun bertapak maka tiada ragu sebab ia melabur berbillion dollar sebelum mengeluarkan sesuatu produk untuk penyelidikan.


2. FDA (badan berkuasa di US) menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE)

JAWAPAN: Alfalfa shaklee dari sumber daun alfalfa. Dan sebagai langkah selamat sudah juga dinyatakan dalam botol shaklee bahawa TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE. Dah nyata dan jelas kat situ, maka tiada keraguan kenapa pula ia tidak boleh diambil oleh orang biasa?


3. Makan alfalfa secara berlebihan boleh memudaratkan jadi mudah dapat ruam atau sunburn.

JAWAPAN: sebab itu ada sukatan kat botol. Maximum adalah 10 biji sehari. Shaklee dah kaji kenapa hanya max 10. Kalau makan 50 biji sehari memang mudarat kena tanggung sendiri. Maka itulah pentingnya consultation yang betul bukan makan supplement ikut sedap je tanpa mengikut arahan penggunaan.


4. Pesakit yang mengambil ubat-ubat tertentu diminta consult doktor dahulu sebelum mengambil alfalfa.

JAWAPAN: memang betul apa-apa supplement pun jika kita ada mengambil ubatan doktor yang kita sendiri tidak pasti maka silalah rujuk doktor kerana alfalfa adalah herba. Tapi makan maajun tak pulak nak tanya doktor boleh ke makan eh?


5. Penggunaan alfalfa dalam KUANTITI YANG BESAR DAN BERPANJANGAN tidak selamat pada ibu hamil dan ibu menyusu.

JAWAPAN: memang kita tidak pernah consult suruh bagi makan alfalfa pada ibu hamil tetapi pada ibu menyusu dibolehkan ikut dos. Baca balik artikel tu kata kuantiti besar dan berpanjangan.


6. Pesakit kanser, fibroid tidak digalak amik alfalfa, tetapi belum dibuktikan dari segi kajian klinikal.

JAWAPAN: memang kita pun tak galakkan pesakit2 ini amik alfalfa walau belum terbukti ada kajian klinikal mengenainya.


7. Pesakit yang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan ambil alfalfa.

JAWAPAN: Kandungan vitamin K dalam alfalfa boleh memekatkan darah maka memang sesiapa yang mengambil UBAT CAIR DARAH (WARFARIN) memang kita tak benarkan ambik alfalfa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat semua jika ada isu-isu seperti ini kita jangan mudah melatah kerana isu-isu kemungkinan memang ada sahaja yang akan utarakan. Bertindak bijak dengan mencari info. Jangan kita pulak melatah sama pergi buang alfalfa yang tak bersalah dalam tong sampah:)

Maka mari kita makan alfalfa:)



Friday, 17 January 2014

Kanan, Kiri Sama Khasiat



Mengikut kata orang tua, payu dara kanan ialah makanan, Manakala yang kiri ialah minuman. Oleh kerana itu kita perlu memberi kedua-dua belah payu dara dan perlu mendahulukan payu dara kanan. Apakah kandunga  n susu kanan dan kiri berbeza?

 FAKTANYA:
Kedua-dua belah payudara menghasilkan komposisi nutrien yang sama. Tidak ada bezanya dan tidak perlu diasingkan apabila diperah. Susu ibu sebenarnya melalui 3 fasa:


1) Kolosterum merupakan peringkat pertama susu ibu yang berlaku penghujung kehamilan sehingga berberapa hari selepas bayi dilahirkan. Ia pekat berbanding susu yang akan dihasilkan di peringkat akhir dan berwarna kekuningan. Kolosterum kaya dengan protein, vitamin, mineral dan semua antibodi penting. Antibodi ini melindungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh kuman di persekitaran bayi.

2) Susu perantaraan berlaku selepas peringkat kolosterum dan berlaku kira-kira 2 minggu. Susu ini mengandungi banyak lemak, laktosa dan vitamin yang membantu bayi  mendapatkan semula berat badan yang hilang selepas dilahirkan.

3) Susu matang adalah susu terakhir yang dihasilkan. Lebih kurang 90% adalah air, yang diperlukan untuk mengekalkan hidrasi bayi. 10% lagi membekalkan karbohidrat, protein dan lemak untuk keperluan pembesaran tubuh dan tenaga. Terdapat 2 jenis susu matang: Susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Kandungan nutrien secara relatifnya selari dan ia DIPEROLEH DARIPADA BEKALAN MAKANAN IBU. JIKA BEKALAN NUTRIEN YANG DIAMBIL IBU BERKURANGAN, MAKA KANDUNGAN NUTRIEN DIPEROLEH SEKADAR APA YANG DIAMBIL OLEH IBU. Komposisi tepat susu ibu berbeza dari hari ke hari bergantung kepada PENGAMBILAN MAKANAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN. Ini bererti nisbah air kepada lemak sentiasa turun naik.

Seperti dinyatakan, susu matang yang dihasilkan oleh ibu ada 2 jenis iaitu susu awal (foremilk) yang agak cair rupanyan dan dihasilkan oleh payudara  yang penuh pada awal sesi penyusuan (kurang lemak dan tinggi karbohidrat) dan susu akhir (hindmilk) iaitu susu yang lebih pekat (lebih berlemak) dihasilkan dipenghujung sesi penyusuan apabila payudara dikosongkan dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun, payudara tidak akan benar-benar kosong memandangkan penghasilan susu merupakan proses biologikal yang berterusan.

Jika diikutkan kata orang-orang tua, apa yang berlaku adalah seperti senario berikut.
'Apabila anda mendahulukan payu dara sebelah kanan, payu dara sebelah kiri terpaksa "tunggu giliran", bukan? Oleh itu payu dara sebelah kiri akan penuh. Apabila payu dara kiri penuh, seperti yang dinyatakan diatas, susu yang dihasilkan adalah susu awal (foremilk) yang kelihatan lebih cair. Bayi pula apabila menghisap payu dara kiri mungkin akan menghisap seketika sahaja dan tidak sempat untuk mendapat susu akhir (hindmilk) yang dihasilkan oleh payu dara sebelah kiri. Apabila tiba sesi penyusuan seterusnya, bayi sekali lagi disuakan payu dara sebelah kanan. Oleh itu tidak hairanlah, mengapa payu dara kiri sentiasa cair, bukankah begitu? Jika setiap kali payu dara kiri ini terpaksa tunggu giliran, maka tidak hairanlah mengapa ia kelihatan lebih cair.

Apa-apa pun para ibu dinasihatkan untuk menyusukan anak dengan kedua-dua belah payu dara supaya penghasilan susu pada kedua-dua belahnya dapat dikekalkan pada tahap optimum. Sekiranya ibu memerah susu, konsep yang sama perlu diaplikasikan.

JIKA ANDA BERMINAT DENGAN SET PENYUSUAN SUSU IBU DARI SHAKLEE, HUBUNGI AWA 017-6622589.
CONSULTATION FREE

Tuesday, 14 January 2014

DIET UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI


Penyakit darah tinggi yang lebih dikenali sebagai silent killer /pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda atau amaran seperti sakit gigi atau sakit belakang. Tekanan darah tinggi atau hipertensi berlaku apabila tekanan darah bacaan tidak normal untuk suatu jangka masa yang lama. Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mmHg. Indikator untuk tekanan darah tinggi adalah apabila bacaan tekanan darah melebihi tekanan normal atau melebihi sehingga 140/90 mmHg, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama ialah tekana sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolic iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Faktor Risiko

Kenali factor risiko yang menyebabkan tekanan darah melebihi normal.

1      @ Sejarah keluarga
2      @ Kegemukan
3      @ Tekanan/stress
4      @ Pengambilan garan sehari adalah berlebian
5      @ Kurang bersenam
6      @ Merokok
7      @ Meminum alcohol



Jika pembaca tergolong didalam tujuh golongan yang tersenarai diatas, maka perlu berwaspada dan berazam untuk mengubah cara hidup serta pemakanan secara 360 darjah secara perlahan-lahan. Tekanan darah tinggi akan membebankan jantung lalu menyebabkan arterioklerosis (pengeras dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik degenerative seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung dan penyakit berkaitan jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, buah pinggang dan otak serta boleh membawa maut.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

1)      Kurangkan berat badan
Penurunan berat badan bukan sahaja dapat mengawal tekanan darah tetapi juga memudahkan lagi kesan ubat. Pengurangan 1KG berat badan telah mengurangkan 1.5mm Hg tekanan darah.

2)      Bersenam dengan kerap.

3)      Kurangkan pengambilan garam
Garam umpama pasir ataupun span yang menyerap air dan meningkatkan tekanan darah. Semakin banyak garam dalam badan, maka semakin banyak air terkandung dalam badan. Oleh itu, makanan tinggi garamtidak sesuai untuk pesakit jantung kerana ini akan membebankan jantung.

4)      Jangan Merokok
Kesan nikotin dalam sebatang rokok boleh meningkatkan tekanan darah sebanyak 5-10mm Hg dalam masa 30 minit. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pon lebih tinggi sepanjang masa.

5)      Kurangkan stress
Stress dalam pekerjaan, duit, kesesakan jalan dan sebagainya akan meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Jika anda mempunyai kronik stress, sudah tentu ia mudaratkan kesihatan dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok, dan pelbagai jenis penyakit.

6)      Amalkan diet yang lebih seimbang.
Diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan mengurangkan tekanan darah.

7)      Jangan leka
Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Pastikan melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE MEMBANTU MENGURANGKAN DARAH TINGGI

Shaklee adalah supplemen yang berasaskan bahan semula jadi. Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semula jadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kejayaan sains dan makmal terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil supplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesan kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil supplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil supplemen langsung.

OMEGA GUARD

Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spectrum penuh bergred farmaseutikal. Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

GARLIC

Kajian menunjukkan bahawa bawang putih berupaya meningkat kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seharian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam
~Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol
~Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
~Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting
~Formula Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semula jadi bawang putih segar, termasuk sebatian pembentuk alisin
~Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? CALL/SMS/WHATSAPP AWA 017 6622589



Wednesday, 8 January 2014

RM4 DAN KANAK-KANAK 11 TAHUN

Assalamualaikum semua..

Hari ni Awa nak share pengalaman petang semalam. Rasa sangat menakutkan bila memikirkan anak-anak zaman sekarang...huhuhu... Ya Allah kau peliharalah anak-anak ku dari segala kemaksiatan dan kejahatan..

Al Kisah semalam tak masak so bila Incik Boss aka suami balik keja kitorang pon berjemaah la keluar 4 beranak makan kat luar. Tak jauh pon dari rumah. Decide nak pergi makan kat Mali's Corner Platinum Walk. And semalam Awa yang drive..Saja dah lama tak drive..hihiih

Bila parking jer kereta tiba-tiba ada seorang budak lelaki dalam umur 11 tahun datang ke cermin sebelah penumpang depan. Mikhail yang duduk situ. Husband duduk belakang pegang Nazneen. Turunkan cermin sikit nak tau kenapa dengan budak tu..rupanya dia minta "akak ada rm4 tak saya nak beli makan, lapar". Dalam hati kesiannya kat budak ni..pastu tnya dia mak ayah mana. "Mak Ayah keja". Ok fine..Hubby kat belakang cakap dia nak p CC tu..Tapi dek kerana naluri keibuan dan rasa kesian Awa ulurkan RM5 kat budak tu.Ingat tak per lah mungkin betul ia lapar nak beli makan.

Tapi mata nak tengok juga kemana budak tu pergi...Dah dapat duit dia pun berlari-lari keriangan masuk CC..huh menyirap betul darah..Hubby pon apa lagi..Dia bagi Nazneen kat Awa dia ikut budak tu masuk CC. Awa terkedek-kedek kat nelakang bawa anak ikut masuk sekali. Terkejut budak tu tengok kitorang kat belakang dia. Ya Allah anak-anak sekarang sangat berani!!. Bila ditanya dia cakap tak main pon. Umur 11 tahun..Awa sekejap jer kat dalam CC tu sebab rasa menyirap darah kan, biar hubby yang settle. Sebelum keluar ada seorang brother ni tanya kenapa. Bila cerita brother tu lak naik hantu..huhuhu..last2 dia take over budak tu.Katanya dia hari-hari kar CC tu..

Moral dari cerita diatas.. Sentiasalah pantau anak-anak tak kira kita dimana. Tengah kerja or duduk umah. Budak zaman sekarang beraninya lain macam. Semoga anak-anak kita tidak tergolong dalam golongan yang macam tu. Semoga Allah pelihara anak-nak kita dari sebarang kejahatan dan kemungkaran. Aminn

Tuesday, 7 January 2014

SENGGUGUT


Ada pendapat mengatakan wanita yang sering senggugut sukar hamil. Tidak kurang juga yang mengatakan senggugut akan hilang selepas berkahwin. Malah ada yang mengaitkannya dengan keturunan. Apakah semua ini mitos atau ada kebenarannya?

Ramai wanita risau sekiranya sengugut boleh menyebabkan kemandulan. Namun, tidak semestinya benar kerana ada senggugut yang hilang setelah gadis itu berumah tangga dan melahirkan anak. Jadi ia bukanlah mitos kerana kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran Rahim yang mungkin punca senggugut.

Walau begitu, sebahagian kecil akan mengalami masalah ketidaksuburan dan mudah gugur jika senggugut itu berterusan selepas berkahwin. Senggugut jenis ini selalunya dikaitkan dengan penyakit endometriosis.

Senggugut yang biasa iaitu bukan kerana penyakit yang lainakan hilang setelah wanita berkahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut yang disebabkan oleh penyakit tertentu pula boleh memerlukan pemantauan khusus kerana rawatannya berbeza. Di peringkat ini, pesakit dinasihatkan berjumpa doctor untuk rawatan dan ubat.

Premenstrual Syndrome (PMS)

Senggugut merupakan salah satu symptom dalam premenstrual Syndrome(PMS). PMS adalah himpunan symptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakkan wanita pada usia boleh hamil (sekitar 80%) mempunyai sebahagian symptom PMS. Simptom demikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa satu minggu sebelum haid. Biasanya symptom ini hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Kerap juga pakar mendapati banyak urat darah vena yang bengkak dan membesar di sekeliling pangkal Rahim. Berkemungkinan juga masalah pembengkakan urat-urat darah ini yang menyebabkan sengugut. Ia diumpamakna seperti penyakit migraine yang melibatkan urat-urat darah dalam kepala. Selain itu, senggugut juga dikatkan dengan masalah vasopressin dan hormone prostaglandin yang ada di dalam system peranakan wanita.

Ada persepsi yang salah dikalangan remaja dan ibu apabila bercakap soal senggugut. Ia misalnya sering dikatakan fenomena biasa serta tidak perlu diberi perhatian serius. Ini mungkin didikan sejak kecil atau si ibu juga biasa mengalami masalah senggut yang sama.

Senggugut memang biasa pada wanita tetapi jika ia menggangu persekolan dan pelajaran/pekerjaan, maka ia adalah satu masalah perubatan. Ia memerlukan rawatan doctor ginekologi (perbidanan dan sakit puan).

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

 Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika haid disebabkan oleh pengucupan dinding Rahim yang amat kuat? Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal Rahim. Kebiasaannya dinding Rahim yang dimiliki remaja masih sempit.

GLA DAN SENGGUGUT

GLA (Gamma Linolenic Asic) digunakan leh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormone yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi arteri dan menyokong system imun dengan memelihara intergriti sel.

  • Menggalakkan kesihatan semasa haid
  • Merawat PMS dan monopouse
  • Menyokong system imun

  • Minyak baroge, yang mengandungi GLA semula jadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah terserap

  • Meningkatkan kesuburan

  • Memperlahankan proses penuaan

  • Menguatkan kuku dan rambut

  • Kulit lebih sihat berseri-seri

  • Melembabkan dan melembutkan kulit



BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? BOLEH HUBUNGI AWA (CALL/SMS/WHATSAPP 017 6622589)

Saturday, 4 January 2014

ALFAFA - KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA

Assalamualaikum…

Wah tajuk gitu kan..hihihihi…propa sangat!! Tapi tak propa lah uols memang betul pon. Kerana diri kita semua begitu berharga. Berharga pada kedua ibu bapa kita, suami, anak-anak, dan ramaiiiii lagi kan..

Ok berbalik pada tajuk, kita spesifikkan kepada Diriku begitu berharga kepada diri sendiri dan SUAMI. Yang tak da suami tak payah baca!! Hahahha boleh gitu??

As a introduction, Awa nak cerita sikit apa itu ALFAFA dan KENAPA DIA BUAT KITA BEGITU BERHARGA

Alfafa digelar raja segala tumbuhan. Ia merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang menjulur sedalam 6 meter kebawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan didalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosentisis semula jadi.

KEBAIKKAN ALFAFA SHAKLEE

Alfafa Shaklee kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavaniod, pelbagai mineral surih dan vitamin. Kebaikkan nya adalah

  • Merawat system pencernaan/sembelit
  • Membantu masalah penghadaman
  • Mengawal kolesterol dalam darah
  • Menghapuskan kolesterol buruk “LDL” dari tubuh
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  • Mengurangkan paras gula didalam darah (diabetis)
  • Mencegah Edema (Pengumpulan air dalam badan)
  • Merawat asthma dan masalah pernafasan
  • Mengurangkan kesakitan oto dan sendi
  • Meningkatkan system pertahanan badan
  • Mengurangkan masalah pundi kencing
  • Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  • Meningkatkan KESIHATAN PROSTAT
  • Membantu meningkatkan KESIHATAN LELAKI
  • MENGHANGATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
  • MENGETATKAN MISS V
  • MERAWAT KEPUTIHAN
  • Membuang angin didalam badan
  • Membuang toksik
  • Menghilangkan bau badan
  • Membanyakkan susu (Ibu menyusu)


Tu dia banyaknya kelebihan dan kebaikkan alfafa ni. Tapi yang Awa nak highligtkan yang bold warna merah tu.  Sebagai perempuan banyak yang nak kita kena jaga especially dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Orang lelaki senang jer. Ada setengah tu kalau dia rasa kita ni boring dah dia p cari yang lain. Tu yang tak nak kan. So kita tambat hati diorang dengan ni lah. Jom kita baca testimony pengguna Alfafa Shaklee 

"Masalah keputihan saya dah hilang semenjak amalkan alfafa"
"Suami ASYIK NAK JER"

MENARIK KAN? BEST KAN?

BERMINAT DENGAN BARANGAN SHAKLEE?

CALL/SMS/WHATSAPP AWA 017 6622589

Friday, 3 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU!!!

Assalamualaikum…

Selamat Tahun Baru semua..

Apa azam tahun baru korang? Hmmm asal tahun baru saja nak Tanya azam yer..hahahah dah macam benda wajib lak buat azam setiap kali tahun baru padahal nak berazam bila-bila pon boleh kan. Tapi sebelum berazam baru di tahun baru, azam tahun lepas dah settle ka lom? Kang berjela-jela azam wat tapi satu pon tak settle..hahhahah..

Sekarang ni Nak cerita azam tahun baru Awa. Selama ni tak pernah pon berazam di tahun baru tapi kali nak berazam and will make sure that my Azam terlaksana by the end of the year.

1)Nak jadi seorang isteri, ibu, anak, menantu dan peniaga Shaklee palinggggg baik dan palingggg Berjaya sekali

2)Nak baiki diri. Nak jadi muslimah sejati la lebih kurangnya J

3)Hutang banyak..huhuhuh..Nak settle segala hutang..Kalau tak boleh settle semua sekali at least separuh pon Alhamdulillah

4)Nak bagi duit belanja kat mak ayah kat kampong. I kan WAHM..Mestilah berduit kan dah namanya Working At Home Mom. Tak banyak, sikit nak hulur jugak kat mak ayah kat kampong…

5)Nak berikan yang tebaik buat anak-anak tersayang

6)Nak tukar kereta baru.. Anak dah ramai dah nak masuk 3 orang..Cam tak berapa nak praktikal jer pakai Saga FLX tu…Nak kena tuka MPV ni.Besar sikit..hihihih

7)Nak income 5 angka..boleh ke idak? Harus lah boleh..positippppp!!!

8) Nak naik pangkat..Nak jadi MASTER..Paling lambat pon bulan Dec 14…Caiyokkk!!!


Rasanya itu jer la kot azam untuk tahun ni. Semoga dipermudahkan Allah untuk melaksanakan azam yang telah tersemat di jiwa..amin….