Friday, 17 January 2014

Kanan, Kiri Sama Khasiat



Mengikut kata orang tua, payu dara kanan ialah makanan, Manakala yang kiri ialah minuman. Oleh kerana itu kita perlu memberi kedua-dua belah payu dara dan perlu mendahulukan payu dara kanan. Apakah kandunga  n susu kanan dan kiri berbeza?

 FAKTANYA:
Kedua-dua belah payudara menghasilkan komposisi nutrien yang sama. Tidak ada bezanya dan tidak perlu diasingkan apabila diperah. Susu ibu sebenarnya melalui 3 fasa:


1) Kolosterum merupakan peringkat pertama susu ibu yang berlaku penghujung kehamilan sehingga berberapa hari selepas bayi dilahirkan. Ia pekat berbanding susu yang akan dihasilkan di peringkat akhir dan berwarna kekuningan. Kolosterum kaya dengan protein, vitamin, mineral dan semua antibodi penting. Antibodi ini melindungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh kuman di persekitaran bayi.

2) Susu perantaraan berlaku selepas peringkat kolosterum dan berlaku kira-kira 2 minggu. Susu ini mengandungi banyak lemak, laktosa dan vitamin yang membantu bayi  mendapatkan semula berat badan yang hilang selepas dilahirkan.

3) Susu matang adalah susu terakhir yang dihasilkan. Lebih kurang 90% adalah air, yang diperlukan untuk mengekalkan hidrasi bayi. 10% lagi membekalkan karbohidrat, protein dan lemak untuk keperluan pembesaran tubuh dan tenaga. Terdapat 2 jenis susu matang: Susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Kandungan nutrien secara relatifnya selari dan ia DIPEROLEH DARIPADA BEKALAN MAKANAN IBU. JIKA BEKALAN NUTRIEN YANG DIAMBIL IBU BERKURANGAN, MAKA KANDUNGAN NUTRIEN DIPEROLEH SEKADAR APA YANG DIAMBIL OLEH IBU. Komposisi tepat susu ibu berbeza dari hari ke hari bergantung kepada PENGAMBILAN MAKANAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN. Ini bererti nisbah air kepada lemak sentiasa turun naik.

Seperti dinyatakan, susu matang yang dihasilkan oleh ibu ada 2 jenis iaitu susu awal (foremilk) yang agak cair rupanyan dan dihasilkan oleh payudara  yang penuh pada awal sesi penyusuan (kurang lemak dan tinggi karbohidrat) dan susu akhir (hindmilk) iaitu susu yang lebih pekat (lebih berlemak) dihasilkan dipenghujung sesi penyusuan apabila payudara dikosongkan dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun, payudara tidak akan benar-benar kosong memandangkan penghasilan susu merupakan proses biologikal yang berterusan.

Jika diikutkan kata orang-orang tua, apa yang berlaku adalah seperti senario berikut.
'Apabila anda mendahulukan payu dara sebelah kanan, payu dara sebelah kiri terpaksa "tunggu giliran", bukan? Oleh itu payu dara sebelah kiri akan penuh. Apabila payu dara kiri penuh, seperti yang dinyatakan diatas, susu yang dihasilkan adalah susu awal (foremilk) yang kelihatan lebih cair. Bayi pula apabila menghisap payu dara kiri mungkin akan menghisap seketika sahaja dan tidak sempat untuk mendapat susu akhir (hindmilk) yang dihasilkan oleh payu dara sebelah kiri. Apabila tiba sesi penyusuan seterusnya, bayi sekali lagi disuakan payu dara sebelah kanan. Oleh itu tidak hairanlah, mengapa payu dara kiri sentiasa cair, bukankah begitu? Jika setiap kali payu dara kiri ini terpaksa tunggu giliran, maka tidak hairanlah mengapa ia kelihatan lebih cair.

Apa-apa pun para ibu dinasihatkan untuk menyusukan anak dengan kedua-dua belah payu dara supaya penghasilan susu pada kedua-dua belahnya dapat dikekalkan pada tahap optimum. Sekiranya ibu memerah susu, konsep yang sama perlu diaplikasikan.

JIKA ANDA BERMINAT DENGAN SET PENYUSUAN SUSU IBU DARI SHAKLEE, HUBUNGI AWA 017-6622589.
CONSULTATION FREE

1 comment:

  1. Salam kenal....
    Yup, barut baby tu utk dijual...
    Rm5/selai....^____^

    ReplyDelete