Sejak
kebelakangan ini kecoh isu Alfafa. Ramai yang baca artikel yang dikeluarkan
oleh Dr.Zubaidi di laman blog beliau dan terus gelabah. Jelas dan nyata jawapan dia memang sangat bagus dan betul
pun. Maka mari saya kupas.
1. Statement Dr Zubaidi, tak salah amik
supplement dan pastikan amik dari company yang dipercayai.
JAWAPAN: Memang betul dan shaklee adalah company nutrisi yang sudah lebih 50 tahun bertapak maka tiada ragu sebab ia melabur berbillion dollar sebelum mengeluarkan sesuatu produk untuk penyelidikan.
2. FDA (badan berkuasa di US) menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE)
JAWAPAN: Alfalfa shaklee dari sumber daun alfalfa. Dan sebagai langkah selamat sudah juga dinyatakan dalam botol shaklee bahawa TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE. Dah nyata dan jelas kat situ, maka tiada keraguan kenapa pula ia tidak boleh diambil oleh orang biasa?
3. Makan alfalfa secara berlebihan boleh memudaratkan jadi mudah dapat ruam atau sunburn.
JAWAPAN: sebab itu ada sukatan kat botol. Maximum adalah 10 biji sehari. Shaklee dah kaji kenapa hanya max 10. Kalau makan 50 biji sehari memang mudarat kena tanggung sendiri. Maka itulah pentingnya consultation yang betul bukan makan supplement ikut sedap je tanpa mengikut arahan penggunaan.
4. Pesakit yang mengambil ubat-ubat tertentu diminta consult doktor dahulu sebelum mengambil alfalfa.
JAWAPAN: memang betul apa-apa supplement pun jika kita ada mengambil ubatan doktor yang kita sendiri tidak pasti maka silalah rujuk doktor kerana alfalfa adalah herba. Tapi makan maajun tak pulak nak tanya doktor boleh ke makan eh?
5. Penggunaan alfalfa dalam KUANTITI YANG BESAR DAN BERPANJANGAN tidak selamat pada ibu hamil dan ibu menyusu.
JAWAPAN: memang kita tidak pernah consult suruh bagi makan alfalfa pada ibu hamil tetapi pada ibu menyusu dibolehkan ikut dos. Baca balik artikel tu kata kuantiti besar dan berpanjangan.
6. Pesakit kanser, fibroid tidak digalak amik alfalfa, tetapi belum dibuktikan dari segi kajian klinikal.
JAWAPAN: memang kita pun tak galakkan pesakit2 ini amik alfalfa walau belum terbukti ada kajian klinikal mengenainya.
7. Pesakit yang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan ambil alfalfa.
JAWAPAN: Kandungan vitamin K dalam alfalfa boleh memekatkan darah maka memang sesiapa yang mengambil UBAT CAIR DARAH (WARFARIN) memang kita tak benarkan ambik alfalfa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat semua jika ada isu-isu seperti ini kita jangan mudah melatah kerana isu-isu kemungkinan memang ada sahaja yang akan utarakan. Bertindak bijak dengan mencari info. Jangan kita pulak melatah sama pergi buang alfalfa yang tak bersalah dalam tong sampah:)
Maka mari kita makan alfalfa:)
No comments:
Post a Comment