Saturday, 25 January 2014

Apa Yang Perlu Ada Dalam Diet Bayi Dari Umur 6 bulan dan Keatas


PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Bayi Umur 6 bulan ke atas juga memerlukan pemakanan yang seimbang seperti orang dewasa. Mereka amat memerlukan 

- karbohidrat 
membekalkan tenaga dan untuk penting tumbesaran yang sihat. Mereka memerlukan karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.
* Contoh karbohidrat kompleks: kentang, pasta, nasi, roti, bijirin penuh, pisang
* Contoh karbohidrat ringkas: gula semulajadi (daripada buah dan sayuran), gula yang ditapis (biskut, coklat, kek)

- Protein 
membina dan memperbaiki sel-sel tisu tubuh. Sumber protein boleh didapati daripada sayuran haiwan dan sayuran
*contoh protein haiwan: daging, ikan, ayam, telur dan produk tenusu seperti cheese, 
yoghurt dan susu
*contoh protein sayuran: kekacang dan bijian, lentil, roti, kacang kuda, kacang 
panggang

- Sumber vitamin
Penting untuk proses badan. Membantu tubuh menyerap makanan dan menggunakan vitamin secara optima untuk meningkatkan sistem imun. Boleh diperolehi dalam pelbagai sumber terutama dalam sayuran berdaun dan buah-buahan.

* Vitamin larut lemak - vitamin A, D, E dan K boleh disimpan oleh tubuh
* Vitamin larut air - vitamin B & vitamin C tidak boleh disimpan oleh tubuh. Jadi bayi perlu mengambil sumber vitamin-vitamin ini setiap hari.

- Sumber mineral

Tubuh memerlukan kira-kira mineral yang berbeza untuk membantu pelbagai proses tubuh. Mineral yang amat penting kepada mereka adalah zat besi dan kalsium. 

Mereka memerlukan banyak zat besi untuk tumbesaran dan pembinaan hemoglobin darah. 
* contoh sumber zat besi - daging merah, ayam, kuning telur, buah-buahan kering, roti bijirin penuh, minyak ikan dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi.

Dan mereka juga amat memerlukan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat dan kuat
*contoh sumber kalsium - sayuran berdaun hijau, avocado, biji gajus dan kacang brazil



- Lemak
Untuk bayi. Lemak sangat penting sebagai sumber tenaga dan penting untuk pembangunan otak dan sistem saraf yang sihat
* Contoh sumber lemak tepu yang bagus - daging, produk daging, dan produk tenusu 
* Contoh sumber lemak tak tepu yang bagus - minyak bunga matahari dan jagung

Walaubagaimanapun, lemak, gula, dan minyak seharusnya diberikan kepada bayi anda hanya dalam kuantiti yang kecil sahaja.

- Air
dua pertiga berat air bayi adalah dari air dan merupakan bahagian penting pada keseluruhan sel-sel tubuh. Terutamanya apabila anda mula dalam fasa menceraikan susu badan dan mula memberikan makanan pejal, pemberian air putih kepada mereka adalah sangat penting. 

No comments:

Post a Comment