Ada pendapat mengatakan wanita yang sering senggugut sukar
hamil. Tidak kurang juga yang mengatakan senggugut akan hilang selepas
berkahwin. Malah ada yang mengaitkannya dengan keturunan. Apakah semua ini
mitos atau ada kebenarannya?
Ramai wanita risau sekiranya sengugut boleh menyebabkan
kemandulan. Namun, tidak semestinya benar kerana ada senggugut yang hilang
setelah gadis itu berumah tangga dan melahirkan anak. Jadi ia bukanlah mitos
kerana kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran Rahim
yang mungkin punca senggugut.
Walau begitu, sebahagian kecil akan mengalami masalah ketidaksuburan
dan mudah gugur jika senggugut itu berterusan selepas berkahwin. Senggugut
jenis ini selalunya dikaitkan dengan penyakit endometriosis.
Senggugut yang biasa iaitu bukan kerana penyakit yang
lainakan hilang setelah wanita berkahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala
senggugut yang disebabkan oleh penyakit tertentu pula boleh memerlukan
pemantauan khusus kerana rawatannya berbeza. Di peringkat ini, pesakit
dinasihatkan berjumpa doctor untuk rawatan dan ubat.
Premenstrual Syndrome (PMS)
Senggugut merupakan salah satu symptom dalam premenstrual
Syndrome(PMS). PMS adalah himpunan symptom fizikal, psikologi, dan emosi yang
berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakkan wanita pada usia
boleh hamil (sekitar 80%) mempunyai sebahagian symptom PMS. Simptom demikian
biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa satu minggu sebelum
haid. Biasanya symptom ini hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.
Kerap juga pakar mendapati banyak urat darah vena yang
bengkak dan membesar di sekeliling pangkal Rahim. Berkemungkinan juga masalah
pembengkakan urat-urat darah ini yang menyebabkan sengugut. Ia diumpamakna
seperti penyakit migraine yang melibatkan urat-urat darah dalam kepala. Selain
itu, senggugut juga dikatkan dengan masalah vasopressin dan hormone prostaglandin
yang ada di dalam system peranakan wanita.
Ada persepsi yang salah dikalangan remaja dan ibu apabila
bercakap soal senggugut. Ia misalnya sering dikatakan fenomena biasa serta
tidak perlu diberi perhatian serius. Ini mungkin didikan sejak kecil atau si
ibu juga biasa mengalami masalah senggut yang sama.
Senggugut memang biasa pada wanita tetapi jika ia menggangu
persekolan dan pelajaran/pekerjaan, maka ia adalah satu masalah perubatan. Ia
memerlukan rawatan doctor ginekologi (perbidanan dan sakit puan).
BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU
Tahukah anda,
kesakitan yang dirasai ketika haid disebabkan oleh pengucupan dinding Rahim yang
amat kuat? Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang
bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu
dikeluarkan melalui saluran pangkal Rahim. Kebiasaannya dinding Rahim yang
dimiliki remaja masih sempit.
GLA DAN SENGGUGUT
GLA (Gamma Linolenic Asic) digunakan leh ramai wanita untuk
memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis
asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin
– bahan berkesan berupa hormone yang membantu badan mengawalatur proses badan
yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak
Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi arteri dan menyokong
system imun dengan memelihara intergriti sel.
- Menggalakkan kesihatan semasa haid
- Merawat PMS dan monopouse
- Menyokong system imun
- Minyak baroge, yang mengandungi GLA semula jadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah terserap
- Meningkatkan kesuburan
- Memperlahankan proses penuaan
- Menguatkan kuku dan rambut
- Kulit lebih sihat berseri-seri
- Melembabkan dan melembutkan kulit
BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? BOLEH HUBUNGI AWA
(CALL/SMS/WHATSAPP 017 6622589)
No comments:
Post a Comment