Wednesday, 8 January 2014

RM4 DAN KANAK-KANAK 11 TAHUN

Assalamualaikum semua..

Hari ni Awa nak share pengalaman petang semalam. Rasa sangat menakutkan bila memikirkan anak-anak zaman sekarang...huhuhu... Ya Allah kau peliharalah anak-anak ku dari segala kemaksiatan dan kejahatan..

Al Kisah semalam tak masak so bila Incik Boss aka suami balik keja kitorang pon berjemaah la keluar 4 beranak makan kat luar. Tak jauh pon dari rumah. Decide nak pergi makan kat Mali's Corner Platinum Walk. And semalam Awa yang drive..Saja dah lama tak drive..hihiih

Bila parking jer kereta tiba-tiba ada seorang budak lelaki dalam umur 11 tahun datang ke cermin sebelah penumpang depan. Mikhail yang duduk situ. Husband duduk belakang pegang Nazneen. Turunkan cermin sikit nak tau kenapa dengan budak tu..rupanya dia minta "akak ada rm4 tak saya nak beli makan, lapar". Dalam hati kesiannya kat budak ni..pastu tnya dia mak ayah mana. "Mak Ayah keja". Ok fine..Hubby kat belakang cakap dia nak p CC tu..Tapi dek kerana naluri keibuan dan rasa kesian Awa ulurkan RM5 kat budak tu.Ingat tak per lah mungkin betul ia lapar nak beli makan.

Tapi mata nak tengok juga kemana budak tu pergi...Dah dapat duit dia pun berlari-lari keriangan masuk CC..huh menyirap betul darah..Hubby pon apa lagi..Dia bagi Nazneen kat Awa dia ikut budak tu masuk CC. Awa terkedek-kedek kat nelakang bawa anak ikut masuk sekali. Terkejut budak tu tengok kitorang kat belakang dia. Ya Allah anak-anak sekarang sangat berani!!. Bila ditanya dia cakap tak main pon. Umur 11 tahun..Awa sekejap jer kat dalam CC tu sebab rasa menyirap darah kan, biar hubby yang settle. Sebelum keluar ada seorang brother ni tanya kenapa. Bila cerita brother tu lak naik hantu..huhuhu..last2 dia take over budak tu.Katanya dia hari-hari kar CC tu..

Moral dari cerita diatas.. Sentiasalah pantau anak-anak tak kira kita dimana. Tengah kerja or duduk umah. Budak zaman sekarang beraninya lain macam. Semoga anak-anak kita tidak tergolong dalam golongan yang macam tu. Semoga Allah pelihara anak-nak kita dari sebarang kejahatan dan kemungkaran. Aminn

No comments:

Post a Comment